CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 27, 2009

aku cemburu dengan kamu.. maka..


kualiti gambar sengaja dibuat begini supaya kelihatan tidak memuaskan ;p

slm

boleh kamu agak tak.. di manakah lokasi sebenar untuk kedua2 gambar di atas? teka lah.. cepat! eh, semacam memaksa pula ya.

huhu.. aceli kami melawat uncle poh kong.. sehari sebelum hari raya dengan alasan untuk membetulkan cincin tunangku ;p nasib agak baik kerna batunya betul2 jatuh di atas meja tatkala aku bercerita penuh dengan emosi dengan rakan sekerjaku sambil mengetuk2 tangan di meja = hasilnya.. tergolek2 batunya di depan mataku. untung.. tika berita dikhabarkan pada mr. b, beliau cool jak. adalah hampir 3bulan juga aku tidak dapat melaram dengan cincin tunang itu.

sebenarnya, aku tidak pernah masuk ke kedai emas bersama beliau sebelum ini. cincin risik + tunang + gelang untuk hari pernikahan, semuanya hasil dari pilihan beliau sendiri. sib baik beliau pandai memilih ;)

bila baca blog kamu2 yang punya pengalaman mencari cincin tunang / kawen bersama2.. siwiyes aku cemburu. jadi, untuk kali ini.. aku betul2 tidak mau terlepas saat2 romantik begini.. boleh kah begitu? aci jak lah.. kan kami ni jarang berjumpa.

dalam perjalanan, sudah aku bisik2kan pada beliau yang aku mau sepasang subang. yang simple2 + lagi murah. sementara menunggu cincin dibetulkan.. aku pun ambil peranan.. minta beliau pilihkan.. minta pendapat.. tidak sampai sepuluh minit.. dapat sudah subang idaman hati. siap beliau tambahkan lagi peruntukan. akhirnya.. dapat jugak aku rasa apa yang kamu rasa. ;) puas ati sangat!

tapi rasa puas hati tu tak lama, raya ke empat kami melawat uncle sekali lagi.. kali ini batu trus hilang dari pandangan. entah bila pula masanya batu tersebut terlucut. kesukaan aku mengetuk2 tangan di meja harus dikawal lah aku pikir! kali ini masa diambil, 2minggu untuk dibetulkan. maka.. pulang untuk berkawen nanti lah pulak baru aku dapat memakainya semula. haih.. mengeluh panjang suda aku ni.

nota kaki : esok pagi, beliau + parents mau bertandang ke rumah untuk menghantar belanja. dag dig dug jantung ai..

6 comments :

  1. aduh, batu cincin tanggal! orang tua2 dulu2 memang tak bagi beli cincin tunang ada batu sebab takut batu tercabut+ simbolik pada ikatan yang terlerai.

    tapi bila fikir semula, mungkin sebab cincin yang ada batu harganya lebih sikit kot...

    ReplyDelete
  2. owh.. tidak. sy xmau begitu.

    kes sy batu cincin senang tertanggal sbb sblm ni cincin tu tlah dikecikkan dr saiz asal. ;(

    ReplyDelete
  3. adoi, tercabut lagi bile dah perbetulkan? huuu mmg tensen kan. kalau jumpe batunya..boleh tahan lg la isk2. pasni pastikan uncle itu kuat dan ketat beliannya...nak lg berkesan, gayakan ketuk2 meja tu didepannya..nak tgk ade tercabut lg tak :P

    ReplyDelete
  4. Kalau macam tu tak apa la. lagipun you dah nak kahwin tak lama lagi kan?

    So, don't worry. Just pray hard and leave the rest to God

    ReplyDelete
  5. [ Hanie ]
    haha.. mau jugak rasenye nk buat macam tu.. bio terkejut uncle tgk..

    ReplyDelete
  6. ainyusof
    yeah.. amin..amin..amin.. ;)

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!