CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 29, 2009

keja kawen #27 - hari pernikahan

slm

selama tiga hari berturut2 aku berjumpe dengan bakal mil. owh.. kami suda punya tarikan kimia. aku gembiwe sangat. hari minggu yang lalu beliau datang ke rumah untuk menghantar belanja, kelmarin aku minta pertolongannya melengkapkan borang.. tadi pagi pula aku datang untuk ambil borang itu semula. senyum simpul2 jak aku bila beliau kenalkan aku pada teman guru2nya yang aku ini adalah bakal menantunya. owh.. ada senior ku dulu sudah menjadi guru. guru pendidikan seni ku dulu pula sudah pun menjadi guru besar walaupun beliau kecil jak orangnya. tapi masih maintain hensem. itu sebab subjeknya aku dapat 'a' selalu ;p

tadi petang aku sudah berjumpe dengan tok kadi. esok, lagi sekali aku perlu ke pejabat agama untuk ambil surat kebenaran berkawen. bila sudah punya surat itu, bila2 pun kami bleh dinikahkan.. ish, x sabar!

tok kadi masih berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. jadi.. weekdays selepas jam 5 baru available untuk menghadiri sebarang majlis. di situ bunga2 perancanganku sudah berubah. bukan itu jak, beliau jugak menolak cadangan aku untuk membuat majlis pernikahan di rumah. aku tak menolak memang majlis lebih afdal jika dilaksanakan di masjid. tapi ndak semua yang akan hadir. opah sudah uzur, sukar untuk bergerak. ibu pula takkan ada sekali kerna beliau tentu akan sibuk memikirkan tentang keselesaan tetamu yang hadir ke rumah jika beliau juga turut serta ke masjid.

aku mau semua ada tika aku ditabalkan menjadi 'isteri'. kamu nampak tak, apa yang aku mau? nampak tak? kejadian2 begini sudah berlaku tika majlis pernikahan kakak ku dulu. jadi.. aku x mau peristiwa sebegitu berulang lagi sekali. aku mau semua berada di sisiku.

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!