baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"oh maafkan saya, saya tak perasan"
katanya "maafkan saya juga, saya tak nampak saudari"
kami amat bersopan dan saling menghormati, kami saling melambai sambil berlalu pergi.
tetapi di rumah lain pula ceritanya, bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.
lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.
bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
jerkahku, "jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.
sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik,
"bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi dengan ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci. cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur. itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu. dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".
pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali, senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil,
"bangunlah, anakku, bangunlah si kecil. apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"
dia tersenyum, "adik terjumpanya belakang rumah di semak. adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang ungu."
"maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, ibu tak harus menjerkah kamu sebegitu"
"oh, ibu, itu tak mengapa, saya tetap sayang ibu melebihi segala"
"anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu"
family
adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, hanya dalam beberapa hari. tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. bukankah begitu? jadi apakah maksud yang tersirat?
tahukah anda makna "family"? (f)ather (a)nd (m)other (i) (l)ove (y)ou
pesanan khidmat masyarakat : hargailah keluarga anda
sumber : tidak diketahui. hasil dari email yang telah diforward2 ;)

No comments :
Post a Comment
time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!