CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

11dis09

slm
stori di hari nikah pula..

pagi jumaat, aku bangun jam 6pg. bateri badan tak abis caj + penat pown tak ilang lagi. = tapi aku gagah jugak! pas suboh, bilik penganten diset-up semula oleh aku "keseorangan". haruslah kan.. orang lain dah terlalu penat berhempas pulas akibat banjir malam tadi. lagi pun.. bilik tak besar mane, so.. tak jadi persoalan lah. =) alhamdulillah, bilik penganten masih same + masih "cung" seperti sebelum kejadian. syukran ya amat!

bile orang lain dah bangun dari tidur. masing2 mula sibuk set up bahagian dapur rumah + bilik lagi satu, ruang tamu + pelamin, depan rumah.. abis sume pelusuk umah perlu dibersihkan semula sekali lagi. banjir lumpur tak same ngan banjir air. maklumlah.. kesan die bleh meninggalkan kaler yang buruk =(

kaum lelaki gagah perkasa akan bertolak ke kandang lembu ayah bagi acara menyembelih + melapah lembu untuk kenduri esok. nak tak nak, yang ayu2 ni je lah yang tinggal di rumah melakukan aktiviti yang berat2. ape boleh buat..kan.

karpet depan pelamin totally langsung tak bleh digunakan
sebab dah tukar kaler dari biru tua ke kuning mude. jadi.. bersimen jak lah ruang tamu aku. jiran sebelah rumah dah offer karpet dorang untuk dipinjamkan. karpet dorang tak terjejas pun sebab dorang dah balut ngan plastik siap2.

jam 10++ kak andam and team pun datang untuk set up semula pelamin yang musnah semalam. kak andam dari semalam tak abis2 menenangkan aku. pr beliau sangat bagus. - cik nad, nanti awak jumpa jugak ngan kak akma yang sweet ini. dia sangat baaaek! aku pun selesa dengan dia. thx tau kak akma! kain di stage ditukar. lampu sorot (comel ek..bila aku bilang - sorot) ditukar baru sebab sudah terbakar. macam2 hal lah di kenduri kawen ku ni.

kesah mak andam import ku pula
isnin 07dis09 - ingatkan entri yang ini? kan suda dibilang mak andam ku itu diimport. pagi tu aku dah text + cal die untuk remind die psl majlis nikah aku. die balik ke siam. jadi..
katanya - malam khamis akak nek bas dari sini.. sampai pagi jumaat, dan lah nak kejar majlis fida lepas asar tu.
katanya lagi - sampai2 bus stand kuala pagi tu nanti akak cal fida, nanti kita jumpa kat dpn kawasan perumahan fida sebab akak nak tau jalan ke rumah fida, petang nanti tak lah kelam kabut nak cari jalan.
aku - ok, fine

berbalik semula pada hari kejadian, disebabkan mak andam dah berjanji macam tu, aku pun pagi tu dok text + call dia untuk mengesahkan dia jadi ke tidak datang ke rumah aku pagi tu. hangin aku satu badan bila semua text + cal aku tak dijawab. badan bile dah penat secara auto akan mengarahkan hormon yang berlebihan keluar dan menyebabkan perasaan aku nak maaarah je. mata yang sembab.. macam senang je air mate nak mengalir keluar.

aku tak nak hadap benda yang tensi ni sorang2.. so aku heret sekali mr. b yang aku tau time tu die memang tengah bz. jahat tak aku? mr. b ni pangai die kadang2 suke amik ringan satu2 problem. aceli, aku tau die takmo aku tensi. ade ke patut die soh aku make-up sendiri? patut tak? last nya aku meroyan surang diri.

dan-dan tu jugak aku text kate kat die.. aku takmo kawen ngan dia ari tu!

die trus ngelabah cicak tercabut ekor. tau takut! then die cal husband mak andam tu. rupenye2 mak andam tertidur di rumah sebab sampai awal pagi. cheh! kan aku cakap aku ni kalau lakonan sume stok anugerah skrin! syabas!

pas keadaan rumah settle, lembu pun dah selamat diqurbankan. tulang2 dah dihantar ke katering untuk dibuat sup tulang santapan sesudah majlis nikah petang nanti. aku ambil kesempatan untuk melelapkan mata. dengan harapan sembab di mata dapat dikurangkan.. tapi harapan tinggal harapan kerna mata tetap nampak bengkak + sembab. sedey tau.. sebab aku tak kelihatan macho di hari nikah aku tu.

jam 3ptg photog & videographer suda selamat sampai di rumah aku. mak andam pula sampai jam 330ptg, tu pun aku tengah siok tido sebetulnya. tersedar time diurang cal. dan la jugak aku terlena rasanya. dan aku tak mengambil masa yang lama untuk diconteng muka.

aisehmen, nda da plak pic muke mak andam import ku ini. mata ku pula memang tak bleh nak wat cane. still nampak bengkak dan tak gojes.. aku dah tahap pasrah jak lah!


jam 5ptg, mr. b dan rombongan suda selamat sampai di masjid. selesai jak durang suma solat asar. aku dipanggil siap2 ke sana. tak jauh pun masjid dengan rumah aku. sedikit terlewat dinikahkan kerna rombongan penganten perempuan pasangan satu lagi yang dinikahkan oleh kadi yang sama nda sampai2. hangin nya lah aku sebab terpaksa berlama2 plak menanti durang. tok kadi mau memberikan khutbah secara serentak dan nda mau berasingan. penat jugak kalau mau mengulang, panjang btul khutbahnya kan? - pertanyaan bagi seshiapa yang pernah menghadiri majlis akad dan nikah.


beliau tika dinikahkan. sebelum tu.. nampak cool. aku yang dibelakang pun nda mau dia pandang. tapi aku tau, time aku sampai di masjid sempat jugak aku lihat dia menjeling! aum..
alhamdulillah dengan sekali lafaz.. tandanya beliau betul2 maukan aku tu. wuhu!
ramai yang menegur.. selalunya penganten lelaki yang menjawab akad dengan laju, tapi ini kali.. ayahku pula yang melafazkan akad dengan laju. siwiyes.. bile ditengok balik video yang dirakam, mau tergelak jugak lah. =D
ayah dah pektis banyak kali ek time ngemop lantai semalam? atau.. ayah xcited mau menerima menantu lelaki lagi surang yang hensem lagi bergaye ni? uik.. terpuji hasben sendirik plak =p


sesi membatalkan air semayang dan menyerahkan mas kawen dilakukan di rumah. pas selesai akad nikah di masjid.. sume sedare mare + tetamu berpusu2 menuju ke rumahku. pegi masjid dengan orang laen, balik dengan orang laen sebab masing2 ingat aku pulang dengan mr.b. ada ka patut aku ditinggalkan terkontang-kanting surang diri, padahal aku heroin ari tu. nyarislah surang besfren belum balik lagi.. menumpang keta beliau lah aku petang tu pulang ke rumah. nda sanggup aku berjalan kaki walopun jaraknya dekat. aku kan heroin! sengajak ulang berkali2 =p
jamuan ringan petang tu, bihun sup tulang, bengkang ubi, cucur badak, teh o dan kopi o. sheeedap kate durang! aku nda sempat makan.. sibuk bergambar. huhu


time ni je lah pon ramai yang amik kesempatan untuk membuli kami. sib baek kami sporting! disuruh ulang2 segala aksi untuk dirakam gambar. tapi kami tak membantah.. kami urang rela, getek nya lah!



nota kaki : aku suda mau pulang ke sabah. kalo mau tonton drama sebabak di terminal lcc pagi ahad ni, jemputlah datang. dapat kan tiket di kaunter pawagam yang berhampiran dengan anda (~o^") owh.. aku sedey!

5 comments :

  1. tahniah puan fida (ini baru btul naik pangkat...hehee).
    xsaba nk baca cerita majlis sanding dan sambut menantu plk.
    p/s: baik kn kak akma tu...lucky u

    ReplyDelete
  2. hmm..banyak cabaran..tp ending dia manis kan..so tuh kira kenangan terindah dlm idup la kan..fida nampak sweet sgt pakai baju kuning cream eh ( kalau x silap kaler ar )hehe..btw bila fida balik sabah? kita ni mcm dah sain kontrak pjj je sbb lps kawen msg2 dok berjauhan tp ryna nih x tau la sampai bila..huhu..

    ReplyDelete
  3. ohhh!!
    pasti sedey drama sebabak ituu:(

    ReplyDelete
  4. ciNDerella stRikEr
    huhu.. br nek pangkat secara sah ye? siwiyes.. kak akma memang ade magis!

    fikaryna
    mekaseh. ryna pn sweet jugek =)

    adiwarnatasya
    slmt thn baru. mekaseh.

    ::PoRcUpiNe::
    iye.. amat sedey! =(

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!