CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 14, 2010

hanimun (~o^)

slm

aku sudah berada di perak dengan mud hepi senyum sampai ke telinga 24jam. =) enchek su-a-mey telah membela aku dengan begitu sempurna sekali! masih bercuti sebelum memulakan kerja di tempat baru. orang bilang - sedang mengumpul semangat. aiseh!

mari ber-stori tentang hanimun pula. disebabkan keadaan enchek su-a-mey sangat sangat dan sangat susah untuk mendapat waktu bercuti lagi, jadi kami telah merancang untuk terus berhanimun sehari selepas majlis selesai.

15dis09 - selasa

bas dari terminal bas medan gopeng, ipoh jam 1200tgh mlm. sangat penat sebetulnya. naik jak bas malam tu.. terus terlena. bukak ja mata, nah.. sampai sudah =) kesian nya kat penganten baru tu ish..ish.. mau kejar hanimun punya pasal ya.



0300pg di klia. check in di kaunter layan diri. dan kerana TERlebih pandai aku check in tanpa merujuk no seat
enchek su-a-mey dan hasilnya.. seat kami terpisah. sorak sikit kawan2.. padan muke yey! enchek su-a-mey nda abis2 marahkan aku. ;p awal2 kawen dah kena marah.. kecik ati aku.

penerbangan ke kk jam 0730pg. jadi, ade mase terluang.. kami tidur di sekitar klia. atas stage lagi. tiada malu sudah.. mata harus dilayan terlebih dahulu. penat yang tak tau nak discribe kan lagi dah. ya amat2 penat.

atas kapal, aku tak makan tau. maklumlah, aku dok kat depan
enchek su-a-mey di belakang.. jauh tu. jadi tak berselera plak. rindu kunun. huhu! ngade. sampai di kk jam 1005pg. trus ke bandar kk untuk sopin barang2 yang telah dipesan orang2 tertentu.



tak tahu nape budak tecit depan kami tu mau jugak bergambar. anak segera kami lah tu.. huhu! tak dapat berjalan banyak sekitar bandar kk kerna hujan turun dengan lebat sekaley! aku nih jenis tak minum air kelapa, soya atau tebu secara fanatik. boleh minum.. tapi kalau ada pilihan air lain.. aku tak minum ar ketiga-tiga air tu. tapi ntah macamana kat sana cam terpanggil jak aku nak minum air kelapa muda tu. magis sungguh! kasik rest2 badan dulu di gerai tu.. jam 1400ptg lebey2 macam tu kami dah gerak ke airport semula untuk penerbangan seterusnya ke ld pula jam 1605ptg. untuk info kamu.. teksi pegi balik airport - bandar kk - airport adalah rm60 ya. punya teman yang tinggal di sekitar kk, tapi kami pergi weekdays. waktu kerja lagi.. jadi tak boleh menggunakan khidmat mereka. lagi pulak kami nda mau menggangu kerja orang lain. baik tak kami? baik kan..

sudah check in, sudah calling.. sudah boarding.. tetiba announce dibuat

"penerbangan ke ld sudah dibatalkan kerna keadaan cuaca"

ape boleh buat? tiada kuasa untuk menghalang. nyarislah kami cuma backpackers. tiada luggage, tiada barang di kargo.. trus menuju ke hotel yang mas telah tetapkan. perlulah kan.. kami sudah terlalu penat. bermalam sehari berserta makan malam dan sarapan pagi di tanjung aru, kk ditaja oleh mas. cewah.. mau jugak aku mentionkan di sini ya. ;p

16dis09 - rabu

penerbangan yang dibatalkan telah diaturkan semula jam 1035pg. dan sampai di bandar ld jam 1130pg. sampai jak di sana, terus ke opis untuk membuat report sebab lama kan aku bercuti kawen ari tu. rajin terlampau wo.. aceli sebab yang paling teruja nak memperkenalkan orang baru dengan staf2 yang lain.
dorang bilang enchek su-a-mey macam hero hindustan! wuhu.. yelah sangat! nehi.. nehi..



pas selesai di opis.. kami ke kuarters kediaman aku pulak. dan enchek su-a-mey telah menunjuk kan heronya dengan cuba untuk membaiki sinki kami yang tersumbat, kipas meja yang rosak dan membetulkan lampu di dapur. sangat macho lah dia ari tu sebab sumenye tak menjadi. huhu.. enchek su-a-mey tak berjaya menunjukkan kepakarannya =) xpe bang, kita cuba next time ek.

17dis09 - khamis

keesokkan paginya, kami gerak ke semporna dengan menaiki bas. tambang rm22/seorang. perjalanan cuma mengambil masa 2jam ++. banyak berenti basnye pun. kalau terus jak mungkin lagi cepat sampai.

sampai sekitar jam 10pg kot (terlupa sudah akibat laporan terlalu lama diperam, maaf!) kami pilih servis di sini. tempat yang telah di-suggest oleh sepupu
enchek su-a-mey yang pernah tinggal di sini dulu. disebabkan rancangan kami telah tercela di hari pertama kerna penerbangan dibatalkan di kk kelmarin dulu, maka kami nda dapat untuk bermalam di mabul. kuciwa tau. sib baik walk in.. tiada berbooking2. kami hanya rugi pada masa. =(



maka yang sempat hanya ber-snokel di sana jak lah. menaiki bot laju ke mabul setengah jam, sampai2 terus makan tengahari. kemudian terus dibawa menuju ke taman laut yang aku terlupa namanya. turut terlupa mau ber-sun block. hasilnya.. aku trus bertukar menjadi gadis america latin yang hot! minah2 saleh kat situ sume jelez sama aku!


okeh, tempat yang aku pegi ni korang jangan bayangkan tempat hotel 5 bintang yang berprestij. ni biase2 je. klau ngam ngan time.. korang akan dapat
  • rm180/seorang
  • 3hari2malam di bilik yang berderet kat gambar atas tu. no aircond ye. juz kipas je. setiap bilik of coz dilengkapi bilik air + tandas.
  • pakej termasuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan malam ade bbq
  • sesuai untuk yang gilekan dengan aktiviti snorkel + dive. owh ye.. trip untuk aktiviti ini 3 kali satu hari. pagi, tengahari dan petang. kot kalo korang tak nak pegi.. korang bleh skip. sekadar nak island hoping pun bleh. sangat tak sesuwai untuk aktiviti hanimun pun. tapi kami kamikaze.. mau jugak =)
  • peralatan untuk snorkel + dive memang ade untuk disewa. snorkel kami dapat rm50 untuk dua orang dapatlah google + life jacket + fin. okey le tu.. kan?


macam kami sele
sai trip tengahari tu, kami suda tak daya. maklumlah, belum abis penat berjalan, aku mengayuh air laut pulak. sampai kejang2 lah kaki aku tu. balik jak dari snokel, kami trus jalan pusing2 pulau mabul. banyak jugak lah hasil tangkapan kami. ececeh!



balik dari meninjau kawasan.. trus minum petang. kemudian, kami pulang ke semporna. mereka punya cara untuk mengucapkan selamat jalan kepada tetamu yang meninggalkan pulau mabul. ni aku amik kat youtube. ramai dah upload. kami nda sempat rakam. lagu yang comel!


Well Im, Glad To Say The Drop Offs Ok
Barracuda Points Not Far Away
Lobster Lair Is Also There
And The Hanging Gardens Are Very Rare

Divers Down At The Waterside
Looking At The Drop Off With Gaping Eyes
Wondering Whats There Down Below
Is It Knobby Clark Or Is It Jacques? Cousteau?


sampai di semporna jam 1700ptg macam tu. disebab hati dah patah dikuciwakan oleh mabul.. kami bermalam di sini jak. masih dalam pakej hanimun bajet (~o^") huhu. malam pula, kami keluar makan di sekitar bandar semporna. harga makanan adalah standard. tak mahal sangat.. tapi tak murah jugak.



18dis09 / jumaat

pagi tu selepas sarapan, kami ke kawasan live aquarium. tak banyak ikan sangat pun. yang jadi tarikan ade beberapa ekor ikan yang besar bapak. tu je.. yang lain.. biasa2 aja. kawasan macam terbiar sikit lah. kemas2 beg.. terus gerak ke terminal bas untuk ke airport tawau pula.

masa terlalu banyak dihabiskan di airport. akhirnya.. penerbangan yang dijadualkan jam 1720ptg telah ditunda ke jam 1930mlm. owh mai! kalau tau, mau jak kami ke tawau untuk sambung aktiviti sopin2. haih! jadi kami adalah pasangan suami isteri yang paling lama bertapa di airport tawau hari itu. mundar mandir lah kami dalam tu.

selamat sampai di klia jam 2300. dijemput ibu + ayah enchek su-a-mey. dan perjalanan pulang di teruskan ke kuala kangsar. alhamdulillah, selesai suda hanimun yang ke-tama. yeay!


enchek su-a-mey cepat babai kat sume pembace blog modusoperandi11dis09

babai! ~ kate
enchek su-a-mey

3 comments :

  1. Owahhh suka jue baca entry honeymoon kamu n suami...
    Terasa nak lekas kahwin n pi honeymoon gak:)
    "Semoga kebahagiaan milik kamu berdua;Kekal abadi ke akhir hayat Aminnn:)"

    ReplyDelete
  2. afira
    sangat BEST.. tp penat sikit lah sbb btul2 lepas kenduri kami terus jalan. badan sangat mudah penat. pasni kalau nak berjalan lagi.. kena rancang betul2 =)

    adiwarnatasya
    hehe..cepat2 =p
    insyallah, terima kaseh sbb mendoakan kebahagian fida. untuk jue jugak.. semoga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!