CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 9, 2010

ti..

slm
ti,
ko sukew sangat bile ko berciter yang ko dah dapat tukar + dok sekali ngan husben ko. aku tumpang gembira ti. sebab aku pun rase ape yang ko rase tu. tambah2 bile ko disahkan preknan.

ti,
aku tak dan nak mintak maaf kat ko ti. sungguh.. aku tau aku selalu cakap sore tinggi2 ngan ko. kurang lebih 2thn aku dok satu rumah ngan ko time poli dulu. dalam umah ko paling tua. ko banyak kasik nasihat kat aku. tapi aku selalu bangkang2 cakap ko kan ti? tapi ko tak marah kat aku pun.. kat member lain pun ko tak marah kalo kitorang bantah2 nasihat ko tu. dalam umah, ko sorang je yang tak bermain cinta2 time blajo. ye.. aku ngaku aku dulu sedikit gatai. tak bleh diri sendiri kalo takde cinta2. rupenye ko dah lame ber-couple ngan husben ko tu. yang lain ko citer.. part cinta2 plak ko secret2 ye. pandai sungguh ko cover. =) aku kagum sama ko.

ti,
tingat aku kalo kite ade exam or quiz. abis dinding bilik bibik ko tulis macam2 formula. tu care ko nak ingat point. pas abis paper.. ko padam balik dinding yang abis ko conteng tu. takut tuan rumah marah ek?

ti,
ade skali tu kitorang ramai2 dok make-up kan ko. sebab ko terlalu simple. sikit celak pun ko takmo pkai. lip glos yang kaler merah samo pun ko taknak. aku ade simpan gambo ko yang dah siap bermake-up. siap set rambut lagi, kan ti? then kite bergambo ramai2 kat tangga umah.


ti,
time konvo kite.. ko paling menyerlah. kaler baju tudung + baju ko lain sangat. ko pun dah cuak o bebeh. sebab tu bukan kaler yang ko pilih. kak long ko yang cari kain sume. padahal takde ape pun. ko dah risau kot2 ko kena halau. mengusik jiwa aku ti. aku senyum.. tapi air mate aku mengalir lah ti.

ti,
kak long ko text aku. dia cakap, ko selalu dok citer pasal aku kat famili ko. time kaseh ti. ko ingat gak kat aku. first time aku gi kelantan, aku tak lupe yang famili ko layan aku. dok belanja makan. dok bagi aku tumpang tido kat umah ko. ko bawak aku berjalan kat area bandar kota bharu tu. aku taknak lupa tu ti. akak ko harap.. kalo aku turun kelantan, dia mintak aku singgah umah ko even ko takde (^-^") insyallah ye kak long!

ti,
terkejut aku dengar berita tu ti. rata2 sahabat yang lain pun same. masing2 bercakap yang dorang rase macam baru je bersembang ngan ko. tak kire melalui fesbuk + text + kat tepon. rupenye.. kat situ ko dah tunjuk "tanda".

al-fatihah buat buat ti, suami dan mak mertua. moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman, insyallah.

Suami isteri bersama ke liang lahat


TERKOPAK... kereta Perodua Myvi merempuh belakang sebuah lori di kilometer 63.8 Jalan Ibam - Rompin berdekatan Kampung Bangkung kelmarin.

KUALA ROMPIN: Allahyarham Bilal Mahmud, 29, sangat gembira apabila isterinya, Siti Khatijah Ismail, 27, dapat bertukar ke sini awal bulan depan tetapi hasrat mereka untuk tinggal serumah tidak termakbul, sebaliknya dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya dalam perjalanan pulang ke Kampung Jenglau Empat, di sini, selepas menjemput isterinya di Alor Gajah, Melaka.

Difahamkan, ibu dan isteri Bilal meninggal dunia di tempat kejadian manakala dia mati ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Rompin.

Abang sulung Bilal, Sa’aid Mahmud, 40, berkata adiknya terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke Melaka setiap hujung minggu untuk mengambil isteri yang bekerja sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Alor Gajah, Melaka.

“Dia sering berulang ke sana menjemput isterinya untuk pulang ke sini atau ke rumah mentuanya di Pengkalan Chepa, Kelantan sejak setahun mereka berkahwin,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di kampung berkenaan di sini, semalam.

Menurutnya, Khatijah yang mengandung empat bulan anak sulung dijadualkan mula bertugas di Kolej Komuniti Kuala Rompin pada 1 Mac ini dan pada hari kejadian Bilal menjemputnya pulang ke kampung.

Arwah anak keenam daripada tujuh beradik dan lebih mesra dipanggil Ateh di kalangan ahli keluarga terdekat.

“Sebelum ini dia hanya tinggal berdua bersama ibu di rumah pusaka peninggalan arwah ayah selain isterinya yang pulang sekali-sekala pada hujung minggu.

“Namun apabila isterinya dapat bertukar ke sini, arwah sangat seronok dan gembira, tambahan pula bakal menerima anak pertama pada tahun ini,” katanya.

Sa’aid berkata, dia tidak menyangka tragedi ini akan berlaku memandangkan arwah sempat menghubunginya sebelum kejadian kira-kira jam 3.40 pagi dan berhasrat untuk berjumpa apabila sampai di kampung.

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung manakala arwah masih di Alor Gajah dan sebelum arwah bertolak pulang, dia sempat menghubungi isteri saya dan memberitahu akan berjumpa kami keesokannya (hari kejadian).

“Sebelum itu saya hairan apabila arwah yang boleh dikatakan kelakar tapi lembut membahasakan dirinya ‘aku’ ketika bercakap melalui telefon dengan saya, sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini, namun saya menganggap ia hanya gurauan semata-mata dan tidak terlalu memikirkannya.

“Ketika sampai di kampung kira-kira jam 6.30 pagi saya sempat berehat dan hanya mengetahui berita sedih itu kira-kira jam 9 pagi selepas diberitahu adik,” katanya yang tinggal di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Menurut Sa’aid, lima kali solat jenazah diadakan berikutan terlalu ramai kenalan menziarahi mangsa sebelum ketiga-tiga jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jenglau Empat, di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dia pasrah dan reda dengan kejadian yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya dan menganggap kejadian itu adalah ketentuan Allah.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA
am@hmetro.com.my
2010/02/28

7 comments :

  1. mmg sedih..semoga sahabat itu dan keluarganya ditempatkan bersama org2 yg beriman..

    aku bersyukur dgn apa nikmat Allah sekarang..mgkin selepas kawen blm dapat dok sekali ngan suami, tapi sesungguhnya kasih suami masih ada walau hanya jumpa sekali sekala..

    dan walau belum peknen..aku percaya pada ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui..

    sabar yer fida..

    ReplyDelete
  2. ya Allah, besarnya kuasa tuhan. sebak baca kisah kawan awak ni. semoga roh mereka ditempatkan di samping org2 beriman. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. fida, salam takziah untuk awak & family kawan awk tu..sy ade bace paper tu.
    semua yg bergelar manusia akan mati..ajal sudh tertulis untuk arwah sebegitu.

    ReplyDelete
  4. takziah kepada keluarga mangsa..
    al-fatihah..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah...
    Aminnn...
    "Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Aminnn"

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah..

    fida kenal ke.. arwah tu fida.. meremang bulu roma sue baca entry fida.. walaupun tak kenal sue rasa mcm berkongsi kesedihan jer (sbb sue pon pjj ngan hubby, tak dapat tukar lagi), kawan fida plak dah dpt tuka tapi tak kesampaian nak hidup bersama2 mcm suami isteri lain.. di panggil Ilahi plak kedua2nya..

    :(

    ReplyDelete
  7. sy ade bc ttg kemalangan ini..xsangka kwn awk..semoga roh mereka dicucuri rahmat..Amin..

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!