CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 20, 2011

7 bulan plas plas



slm

alhamdulillah, sampai sudah ke bulan yang ke-tujuh aku mengusung anak di dalam perut nih. syukur juga berita gembira diterima bahawa aku+anak tidak mengalami sebarang masalah setelah pakej tiga hari dua malam aku ditahan di hospital akibat turun darah.

ditemani rakan terus ke labour room. memang telah dinasihatkan oleh bidan yang merawat setiap bulan di kkia sekiranya;
- turun darah
- keluar air
- pergerakan anak kurang dari 10kali dalam masa yang ditetapkan
terus2 lah ke labour room.

selepas daftar, bp diambil, berat ditimbang, anak di-scan, bahagian 'laluan keluar anak' diperiksa.. aku ditahan dan dimasukkan terus ke maternity ward. pada fikiran aku, hanya diperiksa je. tapi rupanya prosedur baru, ibu perlu ditahan sehari-dua untuk pemantauan menyeluruh. datang cuma sehelai sepinggang, mengharapkan enchek su-a-mey dapat half day dan menge-pack barang2 harian secara kelam kabut. haih!

memang telah dinasihatkan orang keliling, masuk je bulan ke-tujuh semua barang kena ready dalam bag. tapi name pun aku. langsung tak amik pusing. sume nak mudah. balik je dari hospital semalam, terus2 aku packing barang dalam beg. bimbang kepada sebarang kemungkinan!


tinggal di wad, makan hidangan yang disediakan oleh kakitangan dari unit sendiri tersangatlah istimewa rasanya. maklumlah, perhatian kepada makanan yang hidangkan mereka sangatlah melampaui batas. pesakit lain dapat 2keping roti, aku pulak sampai 4keping roti. mau tak menjeling je akak katil sebelah aku tuh. (^o^")



kelayakan tinggal di dalam bilik untuk 2orang pesakit kadang2 terasa macam sunyi je. maklumlah.. dua-dua pesakit masih belom keluar anaknya. bila akak sebelah keluar untuk di-scan, tinggallah aku keseorangan dalam bilik. akak satu bilik ngan aku nih punya masalah placenta praevia (uri bawah) dah dekat sebulan berumahtangga kat hospital. sian tu. keadaan aku yang sakitnya - turun darah ni memang tak digalakkan untuk berjalan banyak. nak gi bilik sebelah buat lawatan pun dah kena marah dengan misi.



17hb - 19hb jan 2011 cukup untuk aku memakai uniform all pink yang hot itu. wajah gembira dirakam setelah mendapat tahu yang aku dah boleh pulang petang 19hb. cuti sakit bersambung sehingga ahad ini. disarankan berehat saje oleh doktor dan misi.

cuma nak berkongsi info tentang pendarahan yang berlaku ketika hamil ni;
- tindakan mekanikal daripada hubungan intim
- perubahan tahap keasidan dalam vagina (pH)
- kesan jangkitan pada sel di serviks keadaan seperti cervicitis (pembengkakan akibat jangkitan selalunye disebabkan jangkitan yis. tapi biasanye bleh diobati dengan sapuan ubat krim yang memang akan diberi oleh doktor.

tapi ape yang berlaku kat aku, tiada sebab. memang dibagitau oleh doktor. 30% pendarahan yang dialami oleh ibu hamil adalah kerana tiada punca. aku pun tak pasti.. ke saje je doktor tu nak tenangkan aku.

ape2 pun, aku sangat bersyukur sebab aku dan anak ok. periksa tekanan darah + degupan jantung anak setiap 4jam sekali sangat dinantikan aku sepanjang berada di wad. teruja sangat nak dengar jantung anak berbunyi. duf..duf..duf..


6 comments :

  1. salam kenal..

    saya doakan semua nya selamat...amin...

    Jum Sertai GA sempena 1st Birthday Arissa..Hadiahnya mmg mommies suke :) TQ http://arissazoela.blogspot.com/2011/01/arissa-zoela-1st-birthday-giveaway.html
    ~Hadiahnya Alfalfa milk booster & ice packs~

    ReplyDelete
  2. kite same lah..da 7bln.. semalam baru kuar wad sebb kuar darah..gabra hbis....ngis sedu sedan mase nk sampai spital... syukur takde pape..

    ReplyDelete
  3. dear..nasib baik dah selamat..ari 2 g colombia cek baby seme ok kan..ryna rase dah masuk 8 bulan nih cam penuh jek perut..hehe..

    kaki baby kat atas nih wat perut rase cam nak tambah kulit jer..huhu..

    ReplyDelete
  4. ~ InsyaAllah semuanya akan oke. :) ~

    ReplyDelete
  5. Arissa Zoela
    slm kenal jugak =)
    harap2 semuanya selamat.
    alamak, cane nk join.. baby x kuar lg =p

    sy link ye.

    ieta
    alhamdulillah, semuanya ok. jg dr elok2 pasni. kite dinasihatkan kurangkan berjalan. jangan terlalu aktif.

    link ye.

    ReplyDelete
  6. fikaryna
    haah, check baby. sumenye nampak ok. syukur alhamdulillah.

    menggaru tak? siyes kan kulit bile dh meregang.. asik nk menggaru je.
    tp bile teringat.. trus gosok2 je. takut kulit jd x cantik =)

    ComotGurl
    insyallh =)
    time kaseh.

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!