aku dari kecik lagi sukakan batik marie nih. kali pertama buat, memang tak jadi sebab aku dapat resipi yang pakai telur. bila makan macam muak sebab bau telur sedikit memualkan hidung dan rasanya sangat tak best.
time tu buat rasenye aku tengah tunggu result spm kot. last-last buang begitu saja. sebab semua ahli keluarga tak lalu nak makan. terus give up tak nak buat sampai lah dah kawen dan beranak ni.
tetap aku buat walaupun dia kurang gemar. meh, aku kongsi resepi,
bahan-bahan
250g mentega
200g milo
3/4 tin susu pekat manis
1 paket biskut marie
pilihan
susu pekat manis - boleh dikurangkan penggunaan nya sebab biskut marie dan milo sudah sedia manis
serbuk coklat - boleh dimasukkan sekiranya mahukan rasa pahit-pahit yang light2 dalam adunan batik marie ni. kalau mahu, cukup sekadar 1 atau 2 sudu besar. tapi aku tak pernah pun masukkan serbuk coklat. sebab tak beli pun =p
1. cairkan mentega.
2. masukkan susu pekat manis, kacau seketika
3. kemudian, masukkan milo. jika pakai serbuk koko.masukkan sekali. kacau hingga sebati.
4. akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. gaul rata.
5. masukkan dalam bekas atau loyang. tekan-tekan kan biar mampat supaya tiada ruang kosong. nanti tak cantik pulak bila dipotong.
dua-dua cara aku dah pernah buat. tapi maaf, tiada gambar selepas dipotong =(
so, tak dapat nak bezakan. insyaallah kalau ade rezeki. aku buat. aku snapkan ye.