CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 31, 2011

batik kak marie

as.salam

aku dari kecik lagi sukakan batik marie nih. kali pertama buat, memang tak jadi sebab aku dapat resipi yang pakai telur. bila makan macam muak sebab bau telur sedikit memualkan hidung dan rasanya sangat tak best.
time tu buat rasenye aku tengah tunggu result spm kot. last-last buang begitu saja. sebab semua ahli keluarga tak lalu nak makan. terus give up tak nak buat sampai lah dah kawen dan beranak ni.

dalam awal tahun lepas, aku dapat plak resipi yang langsung tak gunakan telur. simple je. sejak itu.. bermula resipi yang selalu diulang tayang berpuluh kali. enchek su-a-mey pun tak paham. dia kate apelah sedap sangat ngan batik marie ni.

tetap aku buat walaupun dia kurang gemar. meh, aku kongsi resepi,

bahan-bahan

250g mentega 
200g milo
3/4 tin susu pekat manis
1 paket biskut marie

pilihan

susu pekat manis - boleh dikurangkan penggunaan nya sebab biskut marie dan milo sudah sedia manis

serbuk coklat - boleh dimasukkan sekiranya mahukan rasa pahit-pahit yang light2 dalam adunan batik marie ni. kalau mahu, cukup sekadar 1 atau 2 sudu besar. tapi aku tak pernah pun masukkan serbuk coklat. sebab tak beli pun =p

cara-cara

1. cairkan mentega.
2. masukkan susu pekat manis, kacau seketika
3. kemudian, masukkan milo. jika pakai serbuk koko.masukkan sekali. kacau hingga sebati.
4. akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. gaul rata.
nak susunkan sekeping-sekeping dan diselang seli kan dengan campuran mentega+susu pekat manis+milo tadi tu pun boleh. tapi lain lah pulak namenye. jadi pelekat abang marie lah sebab takde corak batik =)
5. masukkan dalam bekas atau loyang. tekan-tekan kan biar mampat supaya tiada ruang kosong. nanti tak cantik pulak bila dipotong.

dua-dua cara aku dah pernah buat. tapi maaf, tiada gambar selepas dipotong =(

so, tak dapat nak bezakan. insyaallah kalau ade rezeki. aku buat. aku snapkan ye.

2 comments :

  1. nyum2...ni faberet ni time bln pose!!harus ade tuk manisan buka pose..hihihi...

    ReplyDelete
  2. saye suke kek batik ni.nak buat pun senang dan cepat kan =)

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!