CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 8, 2011

hannah, 7 bulan

as.salam

untuk bulan ke-tujuh, mommy tak payah bawa hannah ke kkia untuk pemeriksaan kesihatan. bulan ke-lapan nanti baru ke sana.

sehingga ke bulan ini, hannah diserang demam yang kerap. mungkin faktor cuaca yang kurang menentu di bandar paling lembap di malaysia ni mempengaruhi kesihatan hannah. alhamdulillah, cuma demam. batuk tidak, selsema juga tiada. kalau diberi sirap dari klinik perisa ceri tu, hannah kurang gemar. kalau nasib tak baik. hannah muntahkan sirap tu semula. keluar semua susu yang diminum. alahai..
ada sekali ke klinik pakar kanak-kanak, dapatlah sirap perisa oren. sampai mommy lah yang minum. sedap! laju je hannah telan =)

hujung bulan ni, insyallah kami sekeluarga berjalan ke indon. mula2 memang merancang untuk tinggalkan hannah bersama emak. tapi macam tak sampai hati pulak nak berpisah dengan anak. walhal bukan pergi berbulan pun, cuma 4 hari 3 malam je kot. tapi jiwa tak sekuat yang difikirkan. berpisah 9 jam sebab kerja pun dah rindu setengah mati pada anak. inikan pula nak berjauhan dipisahkan selat melaka. lagilah mommy rindu pada hannah. drama kan!

itu yang gagah kami laki bini kuar malam2 bawa hannah ke kedai gambar untuk bergambar pasport.

kami orang pertama sampai di imigresen pagi tu (^o^") hannah pun ber-mood baik
1001 tu.. tak sia2 hannah bangun awal pagi, kan.

seperti yang tertera di piagam pelanggan, pasport akan siap dalam masa satu jam selepas permohonan
pasport siap dalam masa satu jam? 
series ah, dorang tipo! pas bayar kat kaunter. duduk di kerusi. sempat lah jugak main aum-chak dengan hannah tapi hannah wat tak layan sebab uncle security guard tu pasang tv dan hannah sibuk melayan tv dari melayan mommy nye.

telefon emak, bercerita tentang aktiviti kami anak beranak. 10 minit berlalu. terus nama hannah di panggil di bahagian kaunter kutipan pasport. 
pergh laju gila diorang buat kerja. bertanya dengan pegawai bertugas tentang efisyen nye mereka pagi tu. pegawai tu jawab, kalau borang tiada masalah, mesin pencetak tak buat hal. memang proses buat pasport cepat.

tak macam time aku buat di ipoh dua bulan kebelakangan ni. pegawai langsung tak mesra. bila terangkan sesuatu sudah lah laju, lantang plak suare nye. macam nak kasik dengar satu opis. malu akak! ingatkan buat pasport di head office dapat lah cepat. tertipo rasenye diri ini bila kena datang ambil pasport 2 hari selepas permohonan diterima.

makanya, seusia hannah yang baru menjangkau 7 bulan sudah merasa naik kapal. mommy ngan ayah dah tua-tua baru merasa tau.

hannah, di pagi raya aidiladha.

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!