as.salam
kitorang dah dapat jadual. memula kena buat homework pasal tempat2 yang hendak dilawati.
25hb nov 2011
Selesai urusan di airport kami akan ke
Istana Sultan, Kotagede
tempat buatan perak yang mewah. tak tau lah ape aku nak beli kat sini sebab yang ni bukan tempat kesukaan aku. enchek su-a-mey suh aku bawakkan calculator jugak. senang nak urusan sopin2 ni. kalau dah harga nye lebih kurang ngan msia. baik beli kat tempat kita. wat berat beg je nanti. tapi tak semua yang ada kat msia same ngan kt sana kan? perbelanjaan dicatu namanya ni bang oi =P
Kasongan
terletak di bahagian selatan Jogja. merupakan pusat industri seramik. lebih kurang dengan sayong, tempat aku ni kot. kalau membeli pun sekadar yang kecik2 sudey. kang nak membawak nye ke hulu ke hilir dengan hannah lagi. mane mau nyeee.
dan ini juga bukan tempat kesukaan aku.
makan tengahari di restoran tempatan.. erk!
kemudian..
Manding
industri barangan
kulit. nampak gambar yang aku google. rasenye mungkin aku akan beli beg atau purse kot. sebabnye aku nih bukan jenis yang beli beg selalu dan tukar2 ikut warne baju -tangan ke dada, mata ke atas (^o^") aku pakai sampai dah koyak baru lah mencari yang lain.
Pantai Parangtritis
dan hari berakhir di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam (sekiranya cuaca mengizinkan) dan terus ke hotel untuk check-in dan makan malam. |
|
26hb nov 2011
selepas sarapan, mulakan hari dengan aktiviti melawat ke
Ketep Pass
melawat ke candi borobudur Buddha. salah satu 7 keajaiban di dunia? okey, baik mengaku sekarang yang aku tak penah hafal ape tujuh benda ajaib di dunia. setiap kali nak hafal, jadi macam terlebih tujuh pulak. huhu
Pasar Salak Pondoh Sleman
rata2 gambar yang aju google sume menunjukkan buah salak. adakah ianya syurga buah salak? aku sukakan buah ni jugak. tapi bukan ke"suka"an. makan dalam kuantiti yang sikit sudah cukup. mau bawa pulang? rasanya, boleh kot. buah tangan buat teman =)
selepas itu,kembali ke Jogja
untuk membeli dan membelah di pengeluar kilang yang terkenal ; omah mode, cosmo, dagadu dan jalan malioboro. pelbagai jenis batik, kraf kayu, cenderahati, makanan (bakpia pathok - gambar di bawah)
Kemudian makan tengahari di restoran tempatan. aktiviti bebas hingga ke malam di sekitar bandar Jogja. dan makan malam juga di restoran tempatan.
27hb nov 2011
sesudah sarapan, jelajah ke bandar solo.. melawat ke Istana mangkunegaran solo,
pasar Tradisional klewer (yang popular menjual batik solo), dan Pasar Antik Triwindu (menjual barang–barang antik dan unik dari serata tempat).
aktiviti membeli dan membelah sekali lagi akan berlaku sekali lagi. tapi, dinyatakan di situ, pasar barangan antik? tak lah kot aku nak memborong menda antik? tak berapa minat lah!
Selepas makan tengah hari, melawat ke ke Sungai Solo Bengawan (popular dengan lagu solo Bengawan).
Seterusnya ke Kilang Batik Semar untuk melihat proses pembuatan batik Makan malam disediakan di restoran tempatan.
Bermalam di Solo.
28hb nov 2011
pulang semula ke tanah air. insyallah.
itulah aturcara yang telah ditetapkan. kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.
tunggu laporan setelah kami pulang nanti ya!
hai,,, sy silent reader awak sejak dr awak belum kawen lagi :)...p indon ni ikut travel agency ke???
ReplyDeleteFiZa
ReplyDeleteas.salam fiza
terima kaseh meng'ikut' blog tepahape nih =)
sy gi indon ikut travel agency - ziarah sutera namenye.
tp kami pegi by group.. rombongan cik kiah =p