CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 29, 2011

hannah, 8 bulan

as.salam

anak mummy sudah 8 bulan. akal nya juga sudah macam-macam. hannah sudah mula mengenal orang yang biasa dengannya. kalau dulu bleh je orang lain dukung. sekarang ni, bila orang lain ambil nak dukung, tetiba je menangis. tak rela kunun.

asyik lah nak berkepit dengan mummy. asal mummy baring je, sibuk hannah nak mengempeng. stok ebm memang takde dah. hari ni pam, esok hantar ke pengasuh. makanya, tak boleh skip untuk mengepam. (^o^") kalau tak memang hannah tak minum lah susu. susu formula, hannah kadang ok dengan lactogen. tengok mud jugak. kadang, langsung tak nak minum.

kalau bf hannah sekarang kena hati-hati. bila dia mula kenyang. dia akan mengigit. alahai hannah, sakit tahu tak?
oh ya, mummy dah beli breast pump baru. =)

sekarang ni kalau hantar ke pengasuh, dah tak payah masakkan bubur untuk hannah. pengasuh willing nak masakkan bubur untuk hannah hari-hari. wah.. seronok lah mummy. =) nampak sangat mummy nya pemalas. huhu

merangkak masih belum boleh lagi. sekadar mengangkat punggung, buat kekuda seminit dua, kemudian jatuhkan badan semula. masih kurang yakin lagi gayanya.

bila mummy atau ayah duduk di lantai, hannah sibuk nak duduk same. memula panjat peha kami, kemudian sikit2 badan hannah menyenget. dan terus duduk dengan kaki terkangkang. anak dara.. hish.. hish..

kalau kita tak layan, hannah sudah pandai memanggil. dok tegur-tegur supaya melayan dia minta perhatian. kalau dulu, boleh je tinggalkan hannah sekejap-kejap sementara mummy masak di dapur. sekarang ni, langsung tak boleh berenggang. ada je keja mengemas yang dia buat. tak senang duduk.

bila dah lasak, berat hannah makin menurun. normal kan? tapi belum lagi kena garisan kuning dalam buku biru tu. maintain je ngan berat badan masa umur 7 bulan ari tu. 

kami sempat bawa hannah ber-swimming cuti krismas yang lepas.

bagus, langsung tak takut air. pasni kita swim lagi eh.
muka ketat tuh apesal hannah?
suara pengulas sukan memang jelas, maka sila turn down volume pc/laptop anda sebelum video dimainkan. (^o^")

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!