CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 5, 2011

Jogja - Solo - 1

as.salam

mungkin banyak gambar dari cerita. maafkan aku ye kawan2. macam tidak pandai pulak nak menguruskan 24jam yang ada nih.
sekarang ni semacam satu kesenangan jugaklah bila pulang dari kerja, tak payah masak makan malam. enchek su-a-mey sedang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan =)

makan sedap je semasa di sana. masakan jogja, masakan jawa, masakan padang, masakan solo. semuanya sedap! bertambah-tambah lah kami. suka sangat bila pemandu pelancong beritahu melalui mikrofon bila bas berhenti untuk menikmati makan tengahari atau malam. memang aktiviti yang ditunggu-tunggu selain melabur (sopin2)

24hb nov 2011 khamis
 
gerak dari taiping jam 8malam. berkejar ke klinik sebab aku kurang sihat - selsema dan sakit tekak. tidak demam, cuma kadang seram sejuk terasa. doktor bekalkan ubat selsema, batuk, sakit tekak dan ubat kumur. pesanan dari doktor, malam ni jangan tidur peluk anak. takut terlepas pegangan sebab ubat selsema yang dibekalkan sangat kuat =(

bf hannah semasa di dalam bas
menaiki bas jam 1130 malam. menuju terus ke lcct. dah lame sangat tak naik bas. disebabkan kami penumpang terakhir yang naik, diorang kasik kami duduk betul2 di belakang driver. dah pulak aku tak boleh tidur. mengadap je cara pemanduan driver bas. hannah tak banyak terjaga, sedap kot tidur dalam aircond.

25hb nov 2011 jumaat

sampai di lcct jam 4pagi. terus menuju ke food court. refresh kan diri masing-masing. pekena nasik lemak - jam berapa ntah diorang masak dengan teh tarik yang tak best langsung tapi harga mak aih.. mahal giler!
 

penerbangan jam 7pagi. dalam kapal, hannah tak duduk diam. teruja mungkin. alhamdulillah, tiada masalah. tidak menangis akibat dari tekanan udara pun.


semua benda di poket tu nak dicapai. tersangat aktif. menda baru cepat je nak selongkar. ber-passing lah kami satu barisan tu dukung hannah. tapi tak lama, setengah jam kemudian dia mula letih. terus memerap.


bukan hannah sorang yang letih, mummy pun tak tunggu lama untuk lelap. ok, gambar kami bertiga tu sebenarnya ayah sorang je yang berlakon. hannah ngan mummy betul2 tidur =)


perjalanan cuma satu setengah jam. tak lama. hannah pun bangun dan mulakan aktiviti huru hara nya semula.


di Yogyakarta, kami mendarat di adi sucipto international airport. urusan kemasukan tersangat lah lama. berpeluh dibuatnya. hannah memang tak selesa. melalak jugak lah dia sekejap. cuaca pun tersangatlah panas.

jam 11pagi, bas persiaran dah menunggu di airport. kali ni kami duduk di tempat paling belakang. selesa lah sikit nak menukarkan pampers hannah kalau perlu. sebab seat nya memang untuk tiga orang walaupun betul2 bersebelahan dengan "kamar kecil" =p


 
perjalanan kami bermula dengan lawatan ke muzium gunung api merapi.


kebiasaan hannah akan poo poo pagi-pagi. belum pun masuk pagar muzium hannah dah selamat menjawab "nature call" nya. bergegas pulak mencari tandas. tandas nya sikit punya jauh ke belakang. terasa macam memusing satu muzium tu lah. keadaan "kamar kecil" nya juga tidak selesa. tiada paip air. disediakan tong besar berisi air dan perlu mengisi sendiri baldi di dalam tandas tu pulak. sib baik lah, mak enchek su-a-mey pun sama-sama menguruskan hannah masa tu. takdelah buntu sorang diri kat negara asing. huhu.

dorang ada menunjukkan video tayangan semasa terjadinya gunung berapi, barang-barang yang musnah, mitos, cara terjadinya gunung berapi dan gunung yang masih aktif seluruh dunia.

keadaan muzium.. rasanya kurang penyelengaraan walaupun muzium tu kelihatan masih baru. tengah2 korang syiok2 berjalan dalam tu, tetiba plak ada baldi menadah air ngan serpihan siling yang jatuh. tandanya atap dorang "tighih".

bila matahari sudah terpacak di atas kepala.. apa tandanya kawan2?

ya.. lunch time!

tapi hannah kena isi perut dulu. nanti kesian.. time kita nak lunch dia sibuk nak mintak. 

maaf eh, disebabkan mummy ngan ayah terlalu lapo. maka, gambar makanan yang dihidangkan pun lupa plak nak di-snap.


berialah suruh anak makan biskut sebabkan ingat masakan yang dihidangkan hannah tak boleh terima. padahal same je ngan menu kita.



kami menjamu selera di pondok makan racik desa.



buat pesanan tambahan. memula nak merasa jus sirsak. tapi kehabisan. merasa lah jus avocado dan mangga. yummy!


terus.. kami ke hotel untuk check in. jogjakarta plaza hotel. cantik hotelnya.



ade yang dah penat membaca ke? kita habiskan dulu eh untuk hari pertama nih. pemandu pelancong minta kami berehat dulu.




udah dibilang kan.. hotelnya sangat cantik. macam berpuas hati lah dapat 2 malam di hotel ni.


petangnya pula sambung semula bersiar ke pantai. kami ke pantai parangtritis. bersantai sambil menyaksikan matahari terbenam. subhanallah.. indahnya suasana tu. matahari kelihatan bulat di permukaan laut. selang berapa minit je.. matahari langsung hilang.


untuk makan malam. kami menjamu selera di butjitro batavia restaurant.


erk, aku kata semua makan yang dihidangkan semasa di sana sedap2 belaka eh? ok, tarik semula. hidangan yang satu ini, sangat tidak boleh diterima tekak. semuanya manis2. tempe dan tauhu pun manis. ayam + daging juga.

malam berakhir di kedai barangan batik dan kraftangan ini.


berakhir sudah laporan untuk hari pertama lawatan.

okeh, hannah dah gosok2 mata dah tu (^o^) 

5 comments :

  1. fiza pun nak p indon thn dpn...nak tya stoller hannah tu bawak naik flight atau masuk kargo ek???

    ReplyDelete
  2. FiZa
    ye ke? pegi indon belah mane?
    stroller hannah tu bleh bwk sampai ke tangga nak nek kapal tu. lipat kan siap2. nanti dorang masukkan dalam kargo. time dah sampai, dorang akan siap2 letak kat tangga kapal =)

    ReplyDelete
  3. fiza p bandung...mak fiza berniaga selalu p bandung amik kain...

    tu yg fiza nak ikut mak p sana...

    so stroller tu xde kene pape caj la kan??? hehe sorry byk tya...sbb ni 1st time nak bwk baby naik flight...

    ReplyDelete
  4. FiZa
    best lah pi bandung. kat sane lagi best nak bershopping kn?

    mak meniaga katne? bleh la beli kain dr dia eh? huhu

    stroller takde kena caj ape2. takpe, nak bertanye. hannah pun 1st time naik flight aritu.

    ReplyDelete
  5. ala org kg berniaga...dr rumah ke rumah je...hehehe...

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!