CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 8, 2011

Jogja - Solo - 2

as.salam

baru selesai buat pavlova. dah ada pelanggan yang memesan aku. tapi tu lah, tak tau nak jual brape. rege kawan2 je aku tolak =)

sambung semula laporan aku eh

26hb nov 2011 sabtu 

hannah bangun pagi dengan senyuman. seronok tido dalam aircond.


kadang sedikit keliru dengan waktu di sana. padahal lambat satu jam kot. bangun pagi dah lapar. terus siapkan diri ngan hannah. pergi ke cafe untuk breakfast. international breakfast. alhamdulillah, tekak boleh menerima.


hannah makan bubur. senang keja kami. tak payah nak bancuh bijirin beras or  biskut dia. amik dari buffet line je. gambar yang aku dok tunjuk ngan muka teruja tu adalah salah satu produk tempatan yang glamer kat area jogja iaitu bakpia pathok. sejenis kuih yang sedikit manis yang berintikan kacang hijau. dan ianya sedap. ye.. sedap.. aku tak tipoo.

perjalanan diteruskan menuju ke tempat perkampungan yang telah musnah akibat letusan gunung berapi tahun 2010 aritu.


dorang langsung tak bangunkan apa-apa binaan baru di kawasan yang musnah. sebagai salah satu tarikan pelancong jugak lah. nak menunjukkan betapa teruknya keadaan yang diorang alami akibat letusan yang berlaku. tapi takdelah jadi macam padang jarak padang terkukur tu. still ade bangunan lain.

batu gunung berapi tu plak, diorang jadikan kraftangan. banyak ah kedai2 tepi jalan yang menjual pasu, patung2, pinggan mangkuk dari batu hitam tu. dan mak enchek su-a-mey berjaya membawa pulang lesung batu dari batu gunung berapi. (^o^) gigih kan, nak beli lesung batu luar negara.


langsung, kami ke candi borobudur. dapatkan tiket di pintu masuk. tak payah bayar sebab sume dah termasuk dalam pakej.


nak masuk kawasan candi tu kena pakai kain nih. ntah lah, tak tahu la ape fungsinya. nak menutup apa ntah.
aku buat pengakuan secara terbuka yang aku memang jenis yang tak pakai kain batik di rumah macam anak2 atau mak2 dara sekarang nih. makanya, ikatan kain batik aku sedikit failed di situ.


"kesian menantu aku nih, meh mak pakaikan" gitu kot dalam pikiran mak enchek su-a-mey time tolong pakaikan kain tu pada aku.


disebabkan kami malas berjalan. kami beramai-ramai naik train nih. nak sewa sepeda pun ade. sebut betul2 tau. seeepeeedaaa..


sampai di kaki tangga untuk naik candi. ramai lah orang indon akan keliling korang. ada yang menjual payung lah, topi lah.. segala macam cenderahati.. semuanya mengejar kita. kena keras hati.. buat tak layan je. kalau kite mula menanye itu ini.. nah.. makin ramailah dok kerumun nanti.

ada juga yang menawarkan khidmat untuk angkut barang2 kita. contohnya beg-beg kita ka. yang datang ber-wilca, dorang akan tawarkan perkhidmatan untuk menolak dan membawa orang dan wilca nya sekali naik ke atas. tapi upah nya tentu lumayan!

aku ngan enchek su-a-mey sib baik lah membawa buggy bukan stroller yang satu lagi. so, ringan lah jugak beban nak membawa naik ke atas.


ayah enchek su-a-mey terpaksa berjalan dengan kami sebab mak enchek su-a-mey awal2 dah bagitau yang dia tak larat nak naik sampai ke atas. bagus dia tinggal di bawah n sopin apa2 yang patut. 

kalau nak dikenangkan letih, aku pun tak mau naik sebenarnya. tapi kesempatan yang ada nih. baguslah merasa naik. kang ade yang termimpi2 tak naik bile dah sampai malaysia kang.

berhabis jugak lah kami merayau-rayau keliling candi. nak naik sampai ke puncak, tak mampu. mana nak mengendong hannah lagi. buggy nya lagi. cukup lah sekitar saja. nak mengupah orang nak membawa, rasanya macam tak best pulak =(


besar betul lah candi nih. piramid mungkin sebesar ni jugak kot eh? nak jugak samakan ngan piramid yang jauh tu. ahli rombongan yang lain semua nya dah sampai ke atas. memang semangat lah. kitorang je yang dok kat bawah melambai2 dorang ke atas. 

penat, panas.. memang cukup lah. berpeluh satu badan. hannah jangan cakap lah. tak henti2 mintak nak minum air.


selama dua jam berjalan sekitar candi borobudur. kami terus ke tempat kerajinan perak, kotagede.

aku tak membeli pun. ntah.. tak berminat.


mak enchek su-a-mey dapat hadiah dari ayah enchek su-a-mey. cincin sempena birthday nya yang lepas. romantik nya lah. huhu.

sebelum kami berhenti untuk makan tengahari. bas berhenti di sebuah kedai jual t-shirt yang untuk remaja2 nih. yang turun dari bas of coz lah yang remaja2 macam kami. yang dah berumur sume dok dalam bas. huhu.. remaja lah sangat!


berhenti sebentar untuk membeli buah salak. aku suka makan buah salak ni dari dulu. kalau beli memang aku boleh perabih sorang je kalau mengadap. tapi tu lah, beli setakat nak makan je. nak bwk balik malaysia, takut tak lepas. buat kena tahan dik kastam je nanti. satu hal plak. sedap buah salaknya. manis!


aktiviti yang ditunggu2 iaitu makan tengahari di rumah makan sederhana, masakan padang.

memang tak tau nak pilih lauk apa. terlalu banyak lauk. kekenyangan sangat kami.


dah kenyang, masing2 mula untuk menukar matawang. maklumlah, aktiviti seterusnya adalah sopin!


mummy dan hannah teruja bila jutaan wang di tangan! wang besar.. wang besar!

selepas kenyang, seperti yang dijanjikan aktiviti sopin pun bermula di jalan malioboro.


hannah tetiba dapat ilham untuk bermain air liur semasa kami berhenti minum air kelapa. hai lah anak.. lepas ni apa pulak ilham kamo ye?

sepanjang jalan semacam pasar malam. gambar tak dapat diambil =( sedey


beli telekung untuk si kakak afya. time kami sampai, pasar ni macam dah kelam kabut nak tutup. sudah la panas ya ampun! berpeluh sekali lagi. macam tak selesa sikit ah.

rupanya kami terlebih menghabiskan masa semasa melepak minum air kelapa sebelum masuk ke dalam pasar. makanya, buat pembelian pun semacam kelam kabut. nak buat pilihan pun dalam waktu yang singkat.

sampai ke senja, terus lah kami ke restoran pesta perak. haish.. dorang ni, macam tau2 je kitorang orang perak. aiseh!


makanannya, alhamdulillah. sedap juga. hannah pun disuap nasi + sup ayam untuk makan malamnya.


pulang dengan badan yang letih tapi hati yang gembira.

candy yang patah seribu. salahkan aku, terlalu mengemas beg sampaikan terlupa yang enchek su-a-mey belikan candy ni untuk hannah. kecewa beliau bila aku tunjukkan candy yang dah hancur tu.

gagah susun semula dan snap kan gambarnya.

hotel yang cantik tapi tak menyediakan wi-fi secara percuma. enchek su-a-mey beli lah kad akses untuk berhubung dengan family berharga rm17 selama dua jam. 

jadilah.. daripada nak membeli sim kad baru pulak kan.

hampir jam 12.30 malam. mengantuk dah ni. sambung pula untuk hari ketiga nanti eh.

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!