CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 12, 2012

hannah, 10 bulan

as.salam

dah berjanji dengan diri sendiri sebenarnya. nak post entry hannah 10 bulan ni pada hari sabtu yang lepas. ingatkan diri memang dah capai tahap super mummy. rupenye tidak. lepas.. mendobi. menyapu. mem-vacuum. mengemop. mengemas rumah. still lagi tak punya masa untuk mengarang. tu pun dah langkau satu step di mana aku tak memasak pun hari tu. masak kat kedai je. dengan hannah sekali makan lauk kedai. (^o^")

karang mana yang mampu jak lah ye. jam sepuluh setengah memang kena stop. sok pagi masuk keja 6.30am. kalau boleh, untuk bulan ni takmau lah tercela masuk lewat pada punch card.


hannah sudah genap 10 bulan. merangkak pun dah laju. tapi yang tak cantiknya, bila dia merangkak, lutut kiri elok melutut, lutut kanannya dah macam melunjur ke depan. tapi dalam kategori merangkak jugak. eh, korang dapat imagine ke tak? alahai takde video plak untuk ditunjuk. insyallah, kalau teringat nanti kami record tau.

kalau dulu time hantar dia kat rumah pengasuh, elok je bye-bye aku. tapi sekarang, dah pandai menangis bila ditinggalkan. pastu kalau malam-malam ayahnya nak keluar sekejap nak kunci pintu pagar rumah pun beria dia nangis. macam kena tinggal lapan belas bulan. mengalir air mata laju2 kat pipi. kesian sungguh.

makan pun dah macam2 sekarang ni. ari tu beli lah mangga. sekarang kan musim mangga. enchek su-a-mey nih kegilaan nya jus mangga. aku pun blend kan mangga tu dalam 2 biji. dah jadi macam puree. bagilah ke hannah. amboi, bukan main sukenye dia. bila bagi yang dipotong2 macam risau sikit lah. dia suap ke mulut bukan reti kecik2. gigit stok macam gigi dah ade banyak je nak ngunyah.

pulang dari kuala kangsar baru2 ni. kami singgah di manjaku. enchek su-a-mey kepingin nak belikan hannah botol susu yang ber-straw. taksub sangat tengok anak kawannya dah pandai minum air dari gelas yang ber-straw. tapi botol yang kami beli ni ade puting kat atas. maknenye, air takde lah laju sangat bila disedut.

balik umah, tak dan2 nak kasik hannah try. hannah ok. pandai lah jugak menyedutnye. tapi air yang keluar.. alahai. sikit sangat. mungkin tak puas minum. mengamuklah dia. dah pandai mengamuk dah anak dara nih.

alhamdulillah, tak perlu tukar susu formula yang lain bila hannah dah ok dengan lactogen 2. kalau dulu ambik masa juga nak minum. satu botol 4oz tu pun dua tiga kali lah berhenti. pengasuh pun dah senang hati.

pergi pemeriksaan bulanan, berat nya naik cuma 300g. jadilah 7.1kg. syukur, sepanjang bawa hannah ke check up tak pernah lagi berjumpa dengan doktor. dua bulan lagi, genap setahun. masa tu ade suntikan vaksin. bersedialah kamu, wahai anak!

nak memakaikan pampersnya, sangat menguji kesabaran. tak boleh baring2 dah. hannah nak suruh mummy beli easy pants ke? tak lunch mummy hari2 kalau nak membeli pampers tu tau. =p

bersempena hari ulang bulan hannah yang ke sepuluh dan jatuh pada hari cuti thaipusam. kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan mengeluarkan peluh dan mengurangkan sedikit lemak di keliling badan.


gerak dalam jam tujuh setengah pagi. hannah pun siap aku mandikan pagi-pagi buta. biar dia selesa untuk beriadah. takdelah masham je baunyeh!


bile aku tengok gambar yang disnap nih. masyaallah, cantik bukan segala ciptaan Allah swt.

kami buang lemak kat taman tasik taiping jew (^o^)

ps : ade sesape yang kasik minum anaknya similac tak? kalau ade, mesej lah. ade member anaknya tak ngam pulak minum similac. dah bertukar susu. sayang lah dalam simpanan ada 9 kotak lagi. dia boleh bagi best price kot.


entri berikut, selepas ke tasik.. hannah ke teluk pula =)

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!