CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 9, 2012

kenduri kawen kayangan 2

as.salam

keterajinan melampau akibat terlalu banyak post yang tergantung pada senarai post (^o^")

sengaje je kan post entry tanpa cerita. kasik kuarkan gambar je dulu. baru updated stori.


pagi esoknya.. selepas subuh. sedang dok kami tengok2 gambar dalam kamera. hannah bangun dari tidur. sempat snap dia tengah menggeliat. siap bunyik2 lagi. cam orang tua.

kami berdua tak tunggu lama untuk men-try jersey harimau malaya =)

sangat tak sabar untuk menunggu jam tujuh. breakfast time lah. makanan, alhamdulillah. sangat sedap. senang keja bila mana cafe ada sediakan bubur nasi. takde lah payah nak kasik hancur2kan sumtin untuk breakfast hannah. pada mulanya.. konon2 kami satu famili nak berlama lah sambil makan dengan tenang. 

mamak! teh tarik tiga!
tapi hannah pas makan bubur satu mangkuk.. dia mengamuk pula. 


aceli dia dah tak senang duduk dah time ni. kasik duduk dalam kerusi. sibuk nak bangun. bila dipegang sibuk dia nak turun pulak. bergilir lah kami take turn untuk bersantap.

nampak sangat muka hannah tak mandi terus turun untuk breakfast. cancel orang masuk minang hannah oi!

diacah2 depan camera langsung takmau kasik respon yang bagus. penat ayah buat macam2 aksi. kesiaan..

menunya.. ada ketiau goreng, spaghetti bolog - buffet line untuk main dish aku ingat dua ni je. bubur nasi, mee sup, ban dan roti. salad bar dan fruittis of coz. 

time aku makan, muffin xde tau. bila tiba turn enchek su-a-mey makan. e'eh ade plak atas pinggan dia. memula dok cubit2 je nak rase. sekali rase.. pergh! sangat sedap ini muffin. blueberry muffin. baru masak kot. sebab rase still suam2. ke dorang perangat ek? ok..positif. series.. sangat sedap.


tengah dok dukung hannah lah.. tetiba baru nak ade keinginan menge-check pampers nyeh. patutlah mengamuk. udah melepaskan hajat.geli gamaknya. nak makan tapi tak selesa. ape lagi cara nak memberitahu mummy ngan ayah kalau bukan menunjukkan perangai.. kan.

sementara menunggu ayah abihkan santapan. aku dok berulang mengambil muffin. abis sebiji, amik lagi sebijik. dalam 5 biji jugak lah aku makan. bela antu ke ape ntah. haha. stop sampai 5 je.. bukan kenyang.. tapi bila dok jeling2 buffet line. plate muffin dah kosong. maknenye.. rezeki setakat tu je lah (^o^")

pas kenyang, kami naik semula ke bilik, mandikan hannah trus. dah siap2.. turun semula untuk berjalan di tepi laut. 


lepas geram sebab malam sebelumnya tak dapat berpeleseran. tapi takde orang berjualan. sedey!

hotel tempat kami menginap
sementara menunggu masa untuk check out. kami dok berguling-guling je. sambil tengok tv yang asik bertukar siaran. memang kami tak bleh tetapkan mana2 siaran nak tengok sebab hannah sorang je yang sibok pegang remote.

gaun zara hadiah dari opah. beli kat butik uptown ja =p

bersiap2 untuk ke kenduri kawen. nak kasik hannah pakai shoes. tapi tersilap bawak. sebelah kecik sebelah besar. sebab kasut tu memang ada 2pasang. main ambik je tanpa check.

mak yong la ni ngape dulu dibelikan 2 size same design.. haih! (komplen ha.. tu pun ade orang nak bagi kan?) tersasul mummy. pastu enchek su-a-mey cakap, tak payah pakaikan hannah kasut. lahai.. baru nak melawa kan anak dara sorang tu.

sebelum ke kenduri sebab tak nak nampak sangat kami ni lapo. kami pekena dulu laksa kuala perlis yang sedap tu. enchek su-a-mey dok contact penganten sebab nak tau kedai mana sedap.. penganten habaq kedai kak su laksa ni memang popular. belakang bank cimb. senang ja cari. tak sesat larat pun kami =)



aceli memang ade snap gambar laksa. tapi al-maklum lah. hanset canggih sangat. asik hang ja. dok tekan2.. nah kau. terdelete terus. kesal sangat tak dapat nak tunjukkan kat blog nih.

laksanya sangat menggoda jiwa. sampai menjilat dagulah.

setiap meja ada diletakkan pulut panggang jugak. yang tu pun heaven rasenye. lembut pulutnya. intinya pun sedap. kami dapat still lagi panas2. harga laksa.. aku lupa.

pas kenyang. zas ke kenduri kawen. ada cendol. ada cucur. lauk kenduri of cos lah ade. 

sepanjang berada di kenduri. hannah elok ja tido. time nak balik, pandai pulak dia bangun. kate nak bergambar dengan penganten kan hannah kan?


jam tiga, kami gerak pulang ke perak. percutian singkat yang best. daaan membuatkan aku dah boleh tanda 'X' di peta malaysia yang kami tampal kat dinding rumah yang membawa maksud aku dah selamat sampai di negeri kayangan tu.

ps : FiZa.. ok ka layout baru? boleh baca dak? maap lah, kat lappy bile bukak blog. gambar kami elok ja. tak tau plak kat screen orang lain bleh jadi bertindih eh.
bute it.. huhu. tak tau nak alter katne untuk design tempelete blog nih.

1 comment :

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!