CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 21, 2012

kazen hannah

as.salam

konon-konon nak updated entri baru pasal kek baldu merah. tapi bayang kek pun tak nampak-nampak lagi. asik kesuntukan waktu je skang nih. dalam bilik, dah sebakul kain baju menggunung tak berlipat. hari minggu dah berlalu dengan jayanya tanpa sebarang aktiviti rumah yang sepatutnya dibuat.

entri hannah ber-piknik pun dah jadi janji tinggal janji. baru-baru ni kami celebrate besday enchek su-a-mey dengan bercandle light dinner di kamalodge. tu pun ntah biler nak buat entri. =)

tinggalkan dulu janji manis aku tu yeh. meh nak perkenalkan kazen-kazen hannah sebelah enchek su-a-mey. sebelah aku kazen hannah cuma seorang ja. anak kakak aku. tak pernah lagi bergambarkan mereka berdua sekali. 

kazen yang ke-tama, alya auni. bezanya cuma dua bulan. lahir bulan februari. putih melepak orangnya. hannah kan senja2 sikit colornye =p

gambar ambik berdua nih time kenduri kawen sepupu sepapat enchek su-a-mey. hannah terkulat2 je bila tengok si alya nih dah boleh makan sedangkan hannah tak boleh makan lagi. kesian mummy kat hannah.

kazen yang hero plak namanya raja zafran. mak berdarah kelantan, ayahnya pulak berdarah melaka. pahlawan lah jadinya. =)

berjumpa sekali time kat kenduri yang sama dengan alya.

time nih dua-dua sama boolat. la nih, masing-masing dah lasak. keboolatan pun semakin kurang. bila lagi rezeki kita nak berjumpa ye zafran? nak tunggu hannah ke melaka, tak tau lah bila nak ada kelapangan nya.

rayyan uqail si hero yang kedua. lahir dua minggu selepas kelahiran hannah.

now he suffering with liver cancer. semoga rayyan sihat kembali..amin.

buat masa sekarang, rayyan sedang menjalani rawatan chemo. tak pasti sudah ke berapa kali rawatannya.

tapi nampak pada perkembangan nya, semakin pulih. =)

kazen yang seorang ni pulak same hari lahir dengan hannah. 

aku masuk tengahari, bersalin malam. yang dia pulak, masuk tengahari.. push2 dah keluar petang.

hai lah.. senang nya. 

bergambar masa time raye nih. baby-baby sume dah keletihan. mummy-mummy still lagi tak berhenti makan. puasa 30 hari lah kata kan.
 
4 orang ni saje yang berkesempatan untuk bergambar. lagi dua orang berjumpa tapi tak bergambar pulak.

insyallah, kalau ingat aku bergambarkan diorang ye. bukan ape, sok2 dah besar ade lah kenangan untuk di ceritakan.

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!