CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 17, 2012

kurau stone

as.salam

gambar dah lama. tapi baru nak upload stori. mak dan ayah enchek su-a-mey memang selalu turun taiping. nak menengok hannah sebetulnya.

tapi bila bermenantu kan seorang yang ber-kerjaya seperti aku, memang tak masak lah. kebiasaannya, ayah enchek su-a-mey akan selalu belanja kitorang kat doli. korang tau tak doli tu ape? tak tahu? okey, pasni aku review pasal doli plak. ingat kan aku ye kalau aku terlupe.

tapi ye lah,  mak enchek su-a-mey dah tak larat asik nak mengadap kuetiaw doli tu je setiap kali makan di taiping. makanya kitorang mengajaklah mereka untuk ke kurau stone nih. pertama kali kami sampai di sini. dengar2 cerita dari kawan sekerja je tentang cantiknya tempat ni. 


alhamdulillah, sampai juga jejak kami di sini. senang je jalan nak ke kurau stone nih. papan tanda banyak. simpang nak masuk cuma 500m dari pekan batu kurau.


suasana kampung yang sangat tenang. resort di kaki gunung. of coz suasana sejuk. kawasan sekelilingnya yang hijau. 


kami bergambar di tepi kolam memancing. salah time pulak kami sebab time tu dorang tengah buat pembersihan kolam. jadi, takde lah kaki-kaki pancing dok memancing.


chalet yang ada kat sana. harga dari rm85-rm105 satu malam. kira ok la tu kan? ada tiga jenis chalet, jenis tradisional, jenis pinang dan satu lagi jenis arabic. 


kawasan sekitar kurau stone fishing and highland stay. sesuai sangat lah nak beriadah. selain memancing, ada aktiviti atv. tapi aku tak amik gambarnya. sebab hari dah nak malam. nak mengejar maghrib pulak.
 

kami makan di restoran kurau stone nih. harga pun boleh tahan. ada western jugak. menu macam gambar kat bawah ni. pilihan pun banyak.


tempat makan nya pulak berbentuk wakaf. nak yang duduk bersila pun ada. setiap wakaf siap berlampu dan berkipas. selesa.

facebook dorang sini

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!