CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 19, 2012

banjir dan aku.. tak boleh dipisahkan

 as.salam

ini cerita minggu lepas.

jam 6.30 petang, waktu tamat aku bekerja. tapi aku masih di depan pejabat. tak dapat pergi kereta ekoran hujan ter-amat lebat.

nak pulak hari tu dijadikan cerita. aku kena parking jauh sedikit dari tempat biasa. hospital taiping memang punya masalah dengan kawasan parking sekarang ni. hadap je lah.

jam 6.45 petang, baru dapat berlari masuk ke dalam kereta. aku start kereta, tak mau hidup pulak dah.

akur, bateri kereta sudah tamatkan riwayat nya tanpa sebarang tanda. telefon enchek su-a-mey yang dalam perjalan pulang ke rumah. hujan lebat mengakibatkan beliau juga lambat tiba di rumah dari waktu kebiasaan.

telefon pengasuh, memaklumkan keadaan aku. tak mahu dia risau.

jam 7 malam, enchek su-a-mey masih belum dapat mengambil aku di hospital sebab jalan banyak tutup akibat banjir. 

minta enchek su-a-mey patah balik untuk melihat rumah sebab kawasan rumah kami pernah banjir sebelum ni. rumah kami juga dekat dengan sungai. 

telefon pengasuh, maklumkan berita terkini. katanya hannah elok je. 

malam membawa ke jam 8.. 9.. 10.. enchek su-a-mey masih belum boleh mengambil aku sebab air semakin naik. kereta langsung tak boleh lalu.

mana yang berdegil.. mati enjin, kena tarik pulak dengan trak tunda.


alhamdulillah, rumah kami hanya dapur saja digenangi air. (^o^")

jiran kami semua habis kena sapu dengan air dan lumpur. dari dapur sampai ke porch.


jam 11 malam, aku beralih tempat untuk menunggu enchek su-a-mey di dewan bersalin. ramai sikit orang, tempat pun terang.

nak berjalan ke jabatan kecemasan sudah lah hujan lagi. malas pulak aku.

sepanjang masa aku menunggu enchek su-a-mey, 3 orang bayi selamat dilahirkan.

hati rapuh teringatkan hannah masih rumah pengasuh. =( sedeh!

aku diambil rakan sekerja kerana kesiankan dengan keadaan kami. hampir jam 12 malam, aku tiba di rumah.

tengok keadaan rumah, alhamdulillah, ruang tamu, bilik semua ok. cuma dapur, bilik air dan tandas jak yang air naik. 

rakan sekerja sempat membelikan kami kebab dan murtabak. tapi aku hanya makan sikit je.
hati teringatkan anak.

hannah bermalam di rumah pengasuh. rasanya lebih selamat dia di situ. memang tak lena tidur lah.

jam 2 pagi, air mula surut. hujan pun berhenti.
menengok kan keadaan bilik air kami. macam kisah hantu pulak kata enchek su-a-mey. segala lipas, lipan.. semua naik dari lubang. euw!

aku dengan banjir memang ada kimia lah aku rasa!

2 comments :

  1. fiza try teka ek...setahun 10 hari...hehe

    ReplyDelete
  2. hish, naseb dh penah alami kan..klu la sy kt tmpt awak sure dh kelam kabut ni..

    neway, semoga selamat semuanya..mintak dijauhkan musibah ini lg..

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!