CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 18, 2012

hannah, 11 bulan

as.salam

mummy banyak hari dah terlewat untuk post kan entri hannah yang ke sebelas bulan.

alhamdulillah, hannah baru pulih dari selsema, batuk berkahak. mungkin faktor cuaca di taiping ni hah. sekejap elok je panas nya. tetiba hujan pulak. ada ketika hannah terkena hujan sikit kot.

nak pergi kenduri kawen. baju tetap macam fasha nak sandar!
pergi ke klinik pakar yang biasa kami kunjungi. syukur, ubat yang semua di ambil nampak serasi dengan hannah.

kepakaran hannah sekarang..

kalau dah boring duduk saja dalam rumah, hannah dah pandai mintak kita bawa berjalan keluar rumah. meraung2 dia menunjuk pintu nak keluar. langkah je satu kaki keluar pintu. tersengih dah.

gemar sangat main air. bila cakap je.. hannah, jom kita mandi. badan dah melonjak2 suka. bila tanya mana suis lampu. mata terus tertancap ke suis lampu. mengerti sudah dia.

melambai bukan sebelah tangan ja. hannah bagi sekali pakej dengan kedua-dua belah tangan ke kiri kanan. kaki sekali terangkat2. nak menunjukkan dia nak pergi berjalan atau naik kereta la tu.

kalau duduk dalam walker, kaki dah pandai letakkan ke tepi walker, badan melonjak ke depan. kalau tak perhatikan selalu. dia dah boleh buat aksi stunt.. muka cium lantai.. nyaris nak jadi dah tu. sempat di sambut. enchek su-a-mey tak tahu nih. matilah mummy kena ceramah kalau ayah tahu nih hannah. terjadi time tinggal berdua dengan hannah. walaupun dah buka pintu bilik air, dah ajak hannah bersembang time mummy mandi.. hannah tetap tak puas hati. nak jugak tengok mummy depan mata. apa lagi, stunt girl kita buat lah aksi. terhenti sekejap jantung nih bila tengok dia dah elok terduduk atas walker tu. nak tergolek dah tu. mungkin allah, nak bagi peringatan tu. jangan sesekali cuai lagi lepas ni. (^o^") zip molut kita yeh?

angkat dia dari kerusi tu menjerit, nak jugak main kasut2 kat situ. terpaksa mummy beli bawak balik satu. =p
mungkin dia tengok gaya orang sekeliling, dia dah mula meniru. bila kita cakap "halo, hannah ada?" tangannya automatik letak kan di telinga gaya sedang memegang telefon.
ada sekali tu, dia terjumpa bekas termometer. selamba je, letak kat telinga dia. lepas tu bergaya macam tengah bercakap. dok ha.. ha.. ha.. mata nya melilau ke kiri kanan konon berfikir. ala comey nyeh!

makan pun dah macam2. hannah dah merasa udang, sotong, daging.. semua pengasuh hannah dok bagi makan. masukkan dalam bubur nasi nya. alhamdulillah, hannah nampaknya takde masalah hadam buat masa ni. b*rak mungkin bukan tiap2 hari. tapi dalam 2 hari tu memang dia akan b*rak sekali lah. buah-buahan buat masa sekarang ni tengah hot mempelam. memang mummy bagi hannah makan puri mempelam je lah. memang kesokaan dia tu.


air suam, hannah memang geng ayah. suka minum air suam. mummy kureng sikit. minum manis memang juara lah. sebab tu mummy masuk wad awal time nak bersalinkan hannah, sebab dalam urin mummy ada protein. suka sangat minum manis.

mummy baru dapat tahu, seorang bayi pola tidurnya akan berubah setiap bulan. makanya.. untuk bulan yang ke sebelas. waktu tidur hannah kadang terlari sikit dari asal2 dulu. kesian kan mummy ngan ayah, hannah ui. kami kerja pagi.. memang kena mengadap dulu hannah main. sampaikan kami tutup semua lampu, hannah tetap nak mengajak kami main. bersengkang mata jugaklah seketika.

anak dara dalam stroller time bersopin di tesco. ada calon mak mertua tak baca blog nih?
rumah sekarang ni, kalau dapat tahu orang nak datang je baru berkemas. kalau tiada tetamu, memang macam tongkang pecah. hannah telah mencetuskan huru hara di sekitar rumah. letakkan lah hannah kat mana pun. mesti hannah berjaya mengemas semula tempat yang telah sedia dikemas. mummy tak larat dah =) terus cancel calon mummy of the year tahun nih. huhu

okey.. okey.. okey..

bersempena kan hannah mahu cukup satu tahun ni kan. mummy nak buat contest boleh?


ada ka yang mau masuk contest mummy? next entry eh?

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!