CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 12, 2012

cuti-cuti.. ke mana kite?

as.salam

cuti2 sekolah ni ramai berjalan-jalan / bercuti kan? best nye lah.aku sebenarnye.. memang simpan angan-angan nak bercuti. maklumlah, bile dah bekerja kita bercuti kena bergilir. dengan rakan sekerja.. semuanya dah berkeluarga.. ber-anak. semuanya nak bercuti bersama famili. bile tiba musim cuti sekolah. masing2 berebut nak cop seminggu bercuti panjang. seminggu paling lama lah. nak lagi lama.. masam lah rakan sekerja yang lain. huhu

ok, dah kata pun angan2 kan. ni tempat angan2 aku nak pergi.. (malaysia je)

i-city
legoland
bukit tinggi
langkawi
kali ni kan aku ambil cuti 3 bulan. masa cuti bersalin kan hannah dulu, aku juz ambil 2 bulan je. sebab rakan sekerja yang lain tunggu turn nak cuti bersalin pulak. berganti2 kami =) cuti nak berjalan+berjimba tu takde. kali ni memang nak pastikan lah enchek su-a-mey bawak kami bercuti. huhu

kebetulan aku menaip kisah ni, emak sedara enchek su-a-mey mengajak kami ke langkawi jumaat ni. alahai.. timing lari. aku lagi seminggu nak abis pantang. lagi seminggu je. kalau ikutkan hati, mau jak aku hati kering pegi. tapi enchek su-a-mey tak bagi. takut aku meroyan dalam feri. tak lah, bukan meroyan. takut kepada sebarang kemungkinan. biar badan aku dan harits kuat sikit.. baru boleh berjalan jauh katenye.

minggu depan, 3 hari kena berurut. haah lah, tak mintak kakak aku call makcik yang mengurut tu lagi. pembukaan hari bebas pantang (wuhu.. bebas lah sangat, kan) aku ke kenduri kawen. hoyeah2.. makan lauk kenduri!

2 hari berturut ade kenduri kawen. pastu bleh berjalan ke mydin mall di ipoh nun. beli baju utk pakai hari2 si harits. enchek su-a-mey tak bagi aku pakaikan harits baju hannah yang girlie2 tu. bazir kot kalau tak pakai. elok lagi. 

makanya, kite sopin2 kat mydin je. (^o^) suka mummy dengor. 

1 comment :

  1. best nye gomen bole cuti 3bulan... doa kn nad dpt baby boy jgk la lepas ni ye. hehehe... padahal QQ ckp pon blom pandai lg. hehehe

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!