CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 9, 2013

besday ke 10 tahun

as.salam

perkenalkan ini adalah cik lis kesayangan aku. kereta pertama yang aku beli. sekeheng (second hand) je. akak tak mampu nak beli swift =p masa belajar2 dulu memang aku dah aim nak beli kelisa. tapi time tu langsung tak amik tau rega sekilonya berapa henggit. 


sekali bila dah bekerja, kewangan pun ala-ala kukuh sikit. baru la nak amik tau. amik kau.. terduduk mendengarnya. bila mak bapak pujuk2.. suh beli yang second hand. aku redo je lah. dari takde kan. tu pun terkencit jugak mendengar reganya.. rm36k keluaran 2002. beli atas tangan. owner nye chinese. dia tinggal area umah aku je. kalau ayah aku jumpe, mesti dia bercerita yang dia menyesal jual cik lis ni. pas jual pada aku, dia beli myvi. katanya tak best. tukar plak beli viva.. still katanya tak sehebat kelisa ni jugak. amboi beli kereta macam beli baju ye.

aku beli tahun 2005. maknanya sudah lebih 7 tahun cik lis berkhidmat dengan aku. dari aku bekerja di swiss garden dulu, kemudian dapat keja gomen di sabah. balik semula ke tanah melayu.. ini lah tunggangan aku.

pernah dilanggar dan melanggar (^o^"). kecederaan yang di alami takde lah teruk sangat. kemek kemudian ketuk2.. perkara biasa dah bagi dia.

tiap2 bulan macam kereta biasa. adakala tukar minyak hitam, tukar tayar / bateri (jika perlu) timing belt + minyak auto + aircond (jika perlu juga). tak pernah lagi meragam yang bukan2. mintak dijauhkanlah.

selang dua minggu biasanye aku bawak dia ke spa. aiseh! spa la kunun! nak mencuci sendiri.. aku buat snow mandi sendiri bleh la. snow untuk cuci kereta ni banyak pakai sabun.. so hantar je suh orang mandikan dia. kat area taiping ni kalau kelisa diorang caj rm7. cuci luar + vacuum dalam. okey lah reganya. nak kata puas ati 100% tu tak lah. ko bayar rm7.. apa ko harapkan? bersih pada pandangan mata kasar dah cukup kot bagi aku. 


sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-sepuloh baru2 ni. aku hadiahkan pakej make over untuk dia. =) 

tukar kaler, tukar cermin (ada retak sikit, terkena batu time enchek su-a-mey pakai masa dia pergi kerja) tang bontot kasik up skit.. depan kasik muncung sikit. 

oh ye.. dengan nombornye sekali aku tukar. terduduk jugak lah rega hadiahnya kali ni. 

AJE 6*16

hasilnya.. tauke kedai suruh datang lagi sepuloh hari.. tunggu..

1 comment :

  1. nad pakai kembara tahun 2001..beli mase mule kerja..tahun 2006. sampai sekarang dah habis bayar dah. sayang plak nak jual. huhu.. baru terpk2 nak mekap kete nad tu.. nanti kalau cik lis awak dah siap boleh tak hapdet gambar cun berserta harga mekap sekali..hehe.. nak bajet2..

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!