CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 23, 2014

demam tarik

as.salam

aku nak kongsi sikit pasal tarik ni

apakah tarik?
tarik atau dalam bahasa inggeris 'fit' terjadi bila terdapat kegiatan elektrik yang datang secara tiba-tiba seperti ribut dalam otak.
kanak-kanak tersebut biasanya menjadi tidak sedar, lengan dan kakinya kejang sambil menggeletar, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

apakah demam tarik?
ia bermaksud tarik yang selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). 
sawan ini bukan penyakit keturunan. namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.
biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur 6bulan hingga 6tahun. demam tarik adalah satu penyakit yang biasa terjadi pada 4 daripada setiap 100 kanak-kanak.

bolehkah demam tarik menyebabkan kerosakan otak yang kekal atau penyakit sawan?
walaupun demam tarik merupakan satu pengalaman yang menakutkan bagi ibu bapa, tetapi hanya serangan tarik yang berlaku slama 30minit atau lebih mungkin menyebabkan kerosakan otak. 
jarang-jarang demam tarik akan bertukar atau berlanjutan kepada penyakit sawan.
kebanyakan kanak-kanak yang pernah diserang demam tarik tidak akan tarik selepas menjangkau usia 7tahun.

bolehkah demam tarik berulang?
3 daripada 10 orang kanak-kanak yang pernah diserang demam tarik akan mendapat tarik jika mereka demam lagi.
walaupun begitu, risiko atau kemungkinan mereka diserang demam tarik akan berkurangan selepas umur 4tahun.

apakah yang harus dilakukan jika anak diserang demam tarik?

1. jangan panik! baringkan secara mengiring dengan muka menghadap kebawah supaya dia tidak tersedak bila muntah nanti. (muntah boleh berlaku semasa tarik)
ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).

2. baringkan diatas permukaan yang tidak boleh mencederakan dirinya, sebagai contoh di atas katil atau permaidani.

3. jangan tinggalkan seorang diri.

4. jangan masukkan apa-apa benda ke dalam mulutnya secara paksa kerana ini akan mencederakan dia.

5. jangan cubit, menampar atau menggoncang dia, kerana dengan berbuat demikian tidak akan memberhentikan serangan tarik itu. usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.

6. beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. 
boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. 

7. juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya).

8. pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaga malam!  Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku

9. jika tarik tidak berhenti selepas 5minit atau bibirnya menjadi biru atau apabila anak sudah kembali sedar, bawa anak ke unit kecemasan hospital paling dekat.

info : http://pama.karangkraf.com/pakar/kenali-demam-sawan-1.10900
info : tarik dan demam, hospital taiping

kejadian serangan demam panas pada harits, mei 2014

serangan tarik pertama berlaku di taska. pengasuh telefon aku semasa di ofis.

bergegas pergi ke taska, dengan ditemani isteri kepada owner taska kami terus ke jabatan kecemasan.

serangan kedua semasa harits diberi rawatan. di hadapan doktor bertugas. serangan masih sama. kurang 2minit. 

jururawat mintak aku basahkan badan harits dengan tuala dan kain yang dibekalkan.

harits langsung tak sedarkan diri. banyak tidur disebabkan badan letih akibat suhu badan yang tinggi melampau..

anggota badan dicucuk merata untuk diambil darah. darah susah nak keluar pula. tahan je lah hati ni tengok merata kaki tangan harits dicucuk. untuk diambil sampel darah sekiranya terdapat jangkitan kuman.

turut diberi bantuan oksigen.. sebab kuku tangan dan dibir dah kelihatan kebiru-biruan. susahnya hati mami masa tu hanya allah swt saja yang tau.

lebih 3jam di monitor di jabatan kecemasan. serangan ketiga terjadi.  

masa ni mak dari kuala kangsar dah sampai. dapat perlepasan sekejap untuk menengok harits. kalau tak memang ibu atau bapa sahaja dibenarkan masuk. tapi disebabkan mak bekas kakitangan hospital, maka diberi kelonggaran. 
 
doktor mengesahkan untuk harits masuk wad.
risau sekiranya serangan tarik bagi effect pada selaput otaknya.

pasrah. nak anak sihat.. turutkan saja lah untuk bermalam sekali dengan si harits dalam wad.

diberi minum susu. tapi harits banyak menolak. dia langsung tak mahu. dalam perjalanan ke wad dengan menaiki ambulans, harits haus. sebotol susu pun tak cukup.

serangan tarik ke empat sekali lagi semasa doktor wad sedang periksa keadaan terkini harits sebelum dapat katil.

harits ditempatkan dalam wad kanak-kanak di bahagian pemantauan rapi. di monitor setiap jam suhu badannya.

hari pertama
hari kedua
balik dari surau untuk solat subuh.. sejuk ati nengok anak tertidur sendiri begini.

hari ketiga
hari keempat

kejadian tarik berulang 4 kali dalam masa satu hari. pemantauan di wad yang kerap. alhamdulillah. harits makin sembuh.

langsung tak demam. ubat diberi mengikut masa.

masuk ubat melalui drip. alahai nak.. menjerit jugak lah. ubat disuntik mengikut saluran darah. kita yang tua ni pun terasa perit. apatah lagi si kecil ni.

mami kuatkan diri jugaklah. bak kata enchek su-a-mey.. dia pun tak sekuat aku. 

kalau diikutkan kata pakar. harits demam dan suhunya naik mendadak disebabkan tonsilnya membengkak.

bila membengkak dia sukar nak menelan. minum pun jarang. maka badan kurang air. 

kalau boleh jangan kerapkan harits makan nasi. bubur atau nasi lembik adalah digalakkan untuk mengurangkan beban tonsilnya. bagi makanan lembut yang senang ditelan.

patutnya hari ketiga dah boleh discaj. tapi pakar sendiri request untuk aku stay lagi satu malam bagi pemantauan akhir. aku turutkan aje.

tapi yang tak bestnya, ada jururawat2 yang pandang kami ni macam menambah beban kerja mereka.

pada mereka kalau kami balik, kuranglah pesakit yang perlu dijaga.

aku tak kisah kalau aku tak dengar rungutan tu. tapi ni dah terdengar. siap dapat tengok reaksi muka tu lagi.

ya allah ya tuhanku..tahan jelah hati ni nak marah. macam nak menangis pun ada. padahal aku ni pun warga hospital. bekerja satu bumbung kot.

aku cuma terfikir, kalau lah terjadi pada diri mereka tu sendiri. anak tak sihat..doktor mintak aku sendiri untuk tambah satu malam untuk stay. demi kesihatan anak.. tak payah nak fikir panjang lah. aku setuju terus. nama pun demi anak. demi nak tengok anak tu sihat..

memang terasa hati sungguh lah dengan jururawat tu. 

mulalah berdoa macam2. (^o^")

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!