CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 29, 2010

tak baik tau senyap-senyap

slm

adalah sangat tidak adil, bila sibok mau kawen.. sibok pula aku ber-blog. slamat sudah aku kawen. blog dibiarkan saja sunyi sepi. kesian. habis madu sepah dibuang. dapat gading bertuah, tanduk dah tak berguna lagi. ish ish..

maaf, kesibukan dalam membina hidup baru sedikit sebanyak mencuri masa yang sepatutnya aku gunakan untuk bercerita. eceh.. macam-macam sja alasan kau ni aaa! =p kuarters yang pernah diperkatakan dalam entri terdahulu sudah dapat kuncinya. laman belakang dah berdiri megah sepohon kelapa dan serumpun pandan. enchek su-a-mey dah macam semangat nak beli pasu. nak tanam-tanam kucai + pokok cabai. tak tau lah menjadi ke tak. aku kasik semangat je lah. maklumlah tangan aku ni panas. tak penah menjadi kalo bercucuk tanam. kalo dibagi duit.. memang sejuk je tangan ni. =) minggu-minggu akan datang mungkin aku akan sibuk berkemas pula. banyak barang nak dibungkus dan dipunggah.

dagu dah mula berlapis.. perut dah tak pandai mengempis. baju kurung dah mengketat. lengan dan semakin berat. aku sangat tertekan =( enchek su-a-mey larang berdiet. tak baik melawan, derhaka namanya tu. haha.. sebut pasal derhaka ni kan. adelah dalam last week. terjadi satu peristiwa. terang-terang memang salah aku pun. rehat tengahari jumaat lepas aku pulang berehat di rumah. maklumlah, lepas berkursus. ambil peluang lah nak tidur2an. phone pun sengaja dicaj jauh. biar alarm berbunyi.. aku perlu bangun untuk matikan. kalau dekat, mau menyambung tido aku tu nanti.

cukup time, bangun.. zohor.. bersiap terus pergi kerja. keluar simpang dari lorong rumah, baru aku terperasan yang aku terlupa nak membawa phone. mikirkan malas nak membuka kunci pagar, gril dan pintu.. malas nak berpatah balik.. aku teruskan perjalanan tanpa pengetahuan enchek su-a-mey. bad.. sangat bad kan?

cukup jam lima, aku bergegas pulang. sebab kebiasaan enchek su-a-mey akan call time die nak ke tempat punch card. sampai di rumah.. cepat2 capai phone. text dari enchek su-a-mey cuma bertanya samada aku pergi keja atau menyambung tido. sikit pun tak menunjuk rasa curiga. aku balas.. ceritakan hal sebenar.

enchek su-a-mey marah. on the way dia pulang tak abis-abis dia send text sambil drive.. kasik ceramah. perilaku yang sangat bahaya. menegur salah yang aku telah lakukan. dia pulang.. aku masam. sepatah ditanya, sepatah aku jawab. padahal.. terang lagi bersuluh memang salah aku kan? bila ditanya berkali2.. aku jadi macam erk.. tak sanggup mau nyatakan di sini. sampai aku menangis. aku menangis bukan aku sedih ditegur.. tapi aku menangis sebab menyesal. aku tak mintak ampun atas salah aku. haih.. ego aku tak pernah surut rupanya. masih sama seperti zaman bujang. malam tu sangup aku ikat perut tunjuk protes.. macam aku sengaja mau menunjuk perangai buruk. owh.. aku sangat teruk! dan jugak lah sehari setengah aku masam menjeruk. enchek su-a-mey tak jemu-jemu memujuk. =) tu yang cinta kat dia sangat-sangat tu.

dalam bulan depan,
enchek su-a-mey plan nak bawak aku gi key-ell. dia nak bawak aku dating ke taman burung sane. mesti best kan? dah lame tak gi dating jauh-jauh. =) tak sabar!

tadi ayah tercinta call. celcom ni sengaja tau. bagi text suruh ayah bayar bil. pahahal belom sampai masa yang sepatutnya pun. ayah tentu rasa kelam kelibut, maklumlah tauke lembu. phone sangat penting pada beliau. jangan risau ye yah.. sok-sok i bayar, k? dan jugak lah ayah kasik soklah cepumas..

"dah pregnant ke belom?"

okeh, aku dah menguap. time tu tidoq! =o

4 comments :

  1. uik..td dh komen, xmsk keeeeeee.. :|


    ok,ayah kamu cute tnye soklan ittew
    hihihiih

    ReplyDelete
  2. soklan maut yg amat menakutkan....!
    jawapan yg terbaik dari nad, doa2 kan je laa ye.... hehehe

    ReplyDelete
  3. cik puan fara

    ade komen lain ek?

    sumpah, ayah sy mmg cute. luruh jantung nak menjawab tau =p

    *sori lambat reply. komen xbleh publish. sumtin wrong sumwhere =(

    ReplyDelete
  4. ciNDerella stRiker

    hehe.. memang menakutkan. apatah lagi kluar dari molut keluarge sendiri.

    ye. itu jwpn terbaek!

    *sori lambat reply. komen xbleh publish. sumtin wrong sumwhere =(

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!