CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 5, 2011

saat hannah dilahirkan

as-salam

maaf jika entri kelahiran hannah lambat di-publish. tak jangka pun jika ada reader yang menunggu. untuk bacaan hannah dah besar kot nanti entri ni. klo dia suh aku citer camana dia dilahirkan. aku kasik add blog ni je. huhu..

sambung entri yang ini

aku disuruh untuk naik wilca. takkan tak paham kot. kite bako! kite bako! okey.. tak lawak.

aku disuruh untuk naik wheel-chair. time tu aku dapat rasa yang ada air yang turun dan membuatkan kain aku semakin basah. tak tau samada darah atau baki air ketuban. aku lebih beri tumpuan pada pinggang aku yang semakin sakit.

sampai je dalam dewan bersalin. aku jadi macam cuak. sebab masa aku sampai, satu group student,jururawat, doktor sedang conduct sorang ibu yang sedang berjuang untuk melahirkan bayinya. serius.. aku jadi semakin takut. walaupun belum tiba masaku lagi.

aku disuruh untuk bangun dari wilca dan baring di atas katil bersalin. screen ditarik, aku kena salin uniform pink tu ke uniform berwarna putih. katil aku berhampiran dengan jam. setiap detik aku kira semakin lambat aku rasa. tambahan pula bila petugas membuat pemeriksaan ctg. satu sesi mengambil masa 20minit untuk melihat tahap degupan jantung anak.

nak menunggu 5minit aku rasa macam lama sangat. dengan keadaan pinggang yang bagai dipulas2 dan kaki aku serangan kejang banyak kali. kaki aku tak boleh dialih2kan. bimbang bacaan ctg akan terjejas.

bila aku beralih arah baring aku, aku ditegur. aku langsung tak boleh baring satu posisi dalam masa yang lama. dalam masa 3minit, mesti aku akan beralih arah baring aku tu. memang kerap kena tegur lah.

lepas laporan ctg diperiksa. doktor datang untuk periksa bukaan. selama aku dalam dewan seperti dalam entri sebelum nih..

"pemeriksaan bukaan dilakukan sebanyak 5kali ditambah sekali dilakukan oleh pelajar praktikal."

aku ada beritahu bukan, untuk pemeriksaan bukaan ni adalah satu yang menyakitkan. tapi masa sedang aku bergelut dengan kontraksi, kontraksi lebih sakit dari pemeriksaan bukaan.

aku ditawarkan untuk menyedut gas. tapi aku tolak. sebab aku ada jugak mendengar citer pengalaman kawan2. gas tu sebenarnya tak kurangkan sakit bersalin pun. so.. aku tolak. kuat nak mengatasi sakit bersalin tu lah konon!

sepanjang aku berada dalam dewan bersalin, 3orang bayi selamat dilahirkan. seorang ibu yang sedang bergelut untuk bersalin secara normal telah diheret masuk ke bilik bedah ekoran beliau tiada tenaga untuk "push".

ngeri bukan? sudahlah.. di"gunting" tapi disebabkan tiada tenaga, dibedah pulak. kedua-dua sakit beliau rasa. ouch! ye..pengorbanan ibu.

jam 7mlm kontraksi aku makin kerap. petugas buat pemeriksaan.. bukaan 7cm. berita disampaikan pada enchek su-a-mey diluar dewan bedah.

masa tu aku dah rasa badanku berpeluh2 sudah. semakin tak selesa. Snurse bertugas dah pesan pada aku. kalau rasa macam nak buang air besar, inform pada petugas.

owh.. nk beranak ni sama macam nak b*rak eh? tapi time nak bersalin tu takde lah persoalan tu bermain kat minda. aku juz ingat pesanan dia je. kot kalo rase nak b*rak inform sape2 yang ada dekat aku.

tangan aku dicucuk untuk dimasukkan iv-drip oleh seorang doktor. langsung aku tak ambil kisah. sakit di pinggang mengatasi segala-galanya. setelah siap, Snurse bertugas ada menerangkan aku akan dimasukkan ubat untuk menggalakkan lagi sakit untuk bersalin. aku dengar tak dengar je. kalau aku silap, maafkan aku eh! serius.. aku sakit.

masa berlalu.. masuk jam 8mlm. aku dah rasa satu macam. perut macam memulas. student yang duduk mengurut kaki dan pinggang aku tu dah panggilkan Snurse.

"rasa nak b*rak ke?"

"haah, saya rasa macam sumtin nak keluar"

Snurse minta aku teran macam meneran stool yang keras (^o^") tapi aku tak pandai. aku lebih menumpukan teran kat muka. awal-awal lagi student yang duduk sekeliling aku dah beritahu cara-cara nak bersalin.

menyesal rasanya tak pergi kelas antenatal =(

aku seboleh2nye taknak keluarkan suara (seakan menjerit) tapi elok je ibu depan aku nih menjerit2 time bersalin. banyak kali jugak lah ditegur petugas yang melarang beliau supaya jangan menjerit. boleh hilang tenaga.

aku teran walaupun bukaan semasa diperiksa baru 8cm. sebab dah aku rasa macam nak terb*rak. mana boleh tahan2 kan. tapi aku ada baca pengalaman ibu yang lain, mereka tidak digalakkan untuk meneran walaupun bukaan baru 8cm.

tapi kenapa aku digalakkan meneran eh? pelik jugaklah. Snurse cakap, kalau sakit je, push terus. tapi aku tak kuat. maklumlah cuma sempat minum air selusuh segelas + sebiji kurma.

sakit nya datang sekejap, pergi sekejap. tatkala aku mau push je, screen akan ditutup.. sekumpulan petugas akan ramai2 bagi kata semangat untuk aku meneran.

kejadian tu berulang 3 kali. kali yang terakhir.. aku di-gunting! masa tu aku dah taknak rasa sakit dah. aku push. berulang kali jugak lah aku ditegur..

"jangan teran kat muka, teran kat bawah"

"jangan angkat p*nggung"

"pegang kaki ni, jangan lepas"

"angkat kepala, tengok perut tu"

semasa di-gunting, aku memang dapat rasa. huh.. tak bleh lupa! banyak kali juga aku push. doa nabi yunus tak putus2 aku baca. entah ke berapa kali.. aku dapat rasa hannah keluar. dia menjerit. akhirnya.. jam 8.59pm hannah lahir.

rupanya kejadian tu tak berakhir lagi, aku perlu teran sekali lagi untuk keluarkan uri. bila uri dah selamat dikeluarkan, Snurse sekali lagi buat pemeriksaan di bahagian yang digunting untuk memastikan tiada yang tertinggal. ngilu!

bila hannah telah digunting tali pusatnya, baru Snurse minta aku sahkan jantina anak. hannah dibawa ke tempat lain untuk diperiksa keadaan kesihatannya.

aku dibiarkan seketika sementara Snurse lain datang untuk menjahit luka. luka sepanjang 2cm. tapi sakitnya sampai ke hari ni. 3kali dijahit. dalam, tengah dan diluar. aku tak tau nak bayangkan macamana. semasa dijahit, aku digalakkan menggigit kain yang diberi. of coz lah aku gigit, kan! dah la sakit.. takkan aku nak menjerit pulak. penat nak mengeluarkan hannah pun tak habis lagi.

lama jugak aku di-jahit. dah siap dijahit, jahitan tu pulak akan dilihat oleh doktor. sekali lagi pemeriksaan dibuat. sakit tau!

aku di-berehatkan selama 15minit. aku diberi minum.. milo! uh..paling sedap aku rasa masa tu. maklumlah, perut tengah kosong.

kemudian, aku dibenarkan untuk menyusukan hannah. tapi hannah menolak. sebab semasa aku dijahit, petugas dah bagi dia susu. kenyang mungkin! terasa tau.. dia tak mau! =(

hampir jam 10mlm, aku ditolak ke pintu keluar dewan bersalin. berjumpa dengan enchek su-a-mey, mak, ayah, mak+ayah enchek su-a-mey.

kemudian ditolak masuk ke wad. malam pertama bersama hannah.. dia langsung tak menangis. mungkin dia tau, mommy nye masih penat melahirkan dia.

hari kedua hannah dilahirkan


5 comments :

  1. pengalaman yang boleh dikongsi bersama,suami ada tak masa hannah dilahirkan?

    ReplyDelete
  2. ~ Fuhh teringat memori time sy nak besalin bila bc entry awk ni.

    Heee..

    Tp apapun, alhamdulillah dah selamat kan. ~

    ReplyDelete
  3. auww comelnya Hannah. tetiba jadi rindu bau baby. :)


    btw congrats. untung u 1st nite Hannah x buat hal. my doter dulu 1st nite dia muntah after BF. terus nurse ambil bawa tidur nursery sebab ibu dia dah x larat berjaga sebab sakit V akibat kena jahit. :p

    ReplyDelete
  4. hai...=) tringat balik 3bln yang lepas saat2 melahirkan airis...bila bab jahit2 rs ngilu jer..huhu

    ReplyDelete
  5. hi.saje jln sini =) sonok bace pengalaman org..

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!