CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 19, 2011

cerita kawen.. boleh tak?

as.salam

mintak maaf eh, cerita jogja - solo kite berhenti sekejap. nak bercerita tentang kenduri kawen adik aku 16-18 dis 2011. 

16 dis 2011 - hari pernikahan

majlis berlangsung selepas sembahyang jumaat. kami gerak dari kuala kangsar jam 10 ++ cam gitu. homestay di sediakan oleh si bakal penganten perempuan (time ni bakal lagi lah, sebab nak menyedapkan cerita supaya mengikut plot kejadian)
kami selamat sampai di sri manjung jam 12 ++ tengahari. sedang aku dok angkat2 dua dulang untuk diisi mas kahwin dan gelang untuk membatalkan air sembahyang, sengaja aku buat lawak

"hah, jangan gelang lupa bawak plak"

"kak ngah tak amik ke gelang tu sekali dalam almari mak semalam?" mak aku dok tanye.
ingatkan mak sengaja nak balas lawak yang aku buat. tapi bila melihatkan wajah mak tetiba berubah. terus aku jawab serius.

"mana ade amik, kan semalam kak ngah minta duit mas kawen je. tak mentioned pon pasal gelang"

ah.. sudah!

nama nak patah balik amik memang tak lah. tak dan pun kalau kami kamikaze nak berbuat demikian.

adik dah call tunang nak pinjam gelang sesapa untuk diletakkan atas dulang. kami masing2 dalam rombongan memang sorang pun tak pakai gelang. aku sejak push hannah dulu memang tak pakai dah barang2 kemas ni. payah nak bf hannah nanti.

masing2 muka dah tension. serius.. sume tak teringat nak bertanyakan pasal gelang sebab orang tu ingat orang ni dah amik. orang ni plak ingat orang tu dah amik. nak dijadikan cerita.. kan.

alhamdulillah, kami punya kenalan di area sana. maka, pinjam lah sekejap gelang dia. bukan senang tau nak dapatkan kepercayaan orang. tetiba nak datang rumah pastu mintak pinjam gelang emas plak.

enchek su-a-mey runner pergi amik gelang. settle satu perkara. bersiap2 semua, kami pun gerak ke rumah bakal penganten perempuan. sampai di muka pintu, kak andam baru keluar. ngam2 sampai kot. tetamu lain takde lagi. rombongan kami punctual sangat. ok le tu dari biarkan tok kadi sampai dulu, kan? huhu

disambut dengan pelamin nya. sweet je aku tengok.

pelamin hannah kawen nanti, nak wat gini lah. tetiba kan feeling kawenkan anak.


keluarga kami. kurang 3 orang - kakak, abang ipar dan si baby aufa yang tinggal di rumah.
perjalanan majlis sangat tenang melainkan kesalahan aku tak bawakkan gelang untuk penganten perempuan.

rasa bersalah! (^o^") pada mereka. 

tukar mud - ke teruja!

pinjam untuk pakai raye tahun depan bleh? huhu
veil si penganten perempuan sangat cantek! cair weh ati aku nih!

17 dis 2011 - majlis persandingan

keesokkan harinya pulak. dorang punya majlis persandingan dibuat di dewan majlis perbandaran manjung. ini adalah kenduri yang ke-2 aku hadir yang dibuat di dalam dewan. pilihan warna yang sangat cun! walaupun kata si nana, ini bukan warna yang dia nak. tapi kat mata aku, sempurna je warna ni.



marina island - port yang amat fofuler di sane untuk snap gambo kawen
gambar semua diambil dari fesbuk moll si photographer. mintak ijin pinjam ye moll. - macam lah dia bace blog aku kan? tapi kena bagitau lah tuan punya gambar. orang berbudi kita berbahasa. ececeh..
 
akak recycle baju nikah je. time majlis gini lah bleh pakai. kalau tak.. memang elok tergantung dalam almari.
hannah haruslah pakai baju macam pasha nak sandar. sexy sikit.
18 dis 2011 -majlis menyambut

lepas majlis di manjung, kami semua berhempas pulas untuk persediaan majlis menyambut pulak di kuala kangsar.

tema - kuning. penganten elok je kuning cayor. 


tiba ke kakak penganten, kuning tak hingat! glamer tak akak?


hadiah kawen.. durian!


alhamdulillah, selamat sudah majlis tiga hari berturut. hari ni aku masuk kerja pulak sebab ketidakcukupan kakitangan di opis. memang superwoman lah.

sepanjang tiga majlis berlangsung. hannah berkelakuan bagus. syukur lah dia tak banyak ragam. owh.. hutang entry hannah, 8 bulan. bila agaknya nak mengarang. haih!

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!