CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 20, 2011

Jogja - Solo - 3

as.salam

seperti yang telah dikatakan, selepas cerita kawen. aku kena lah sambung semula tentang cerita kami ke jogja - solo tempoh hari kan? kang ade orang marah. janji je lebey, buatnya tidak. ade ke yang marah? =p

kami check out dari hotel ni sebab malam seterusnya kami akan bermalam di bandar solo pulak.

hannah muka puas tido =)
puas suruh hannah pandang camera. dia lebih tertarik dengan kartun yang dialih suara bahasa indon di tv
hari nak check out ni jugak lah baru kami anak beranak sibuk nak jejalan di kawasan hotel. hari sebelum memang tak dan lah. penat satu hal lagi.


siapa yang dapat tingkap bilik mengadap pool sure best eh. bilik kitorang mengadap air terjun je. ape yang nak ditengok kan. huhu.


proses menunggu ahli rombongan semuanya cukup untuk memulakan perjalanan adalah sangat lama. sampai tertidur semula hannah di lobi tu. mummy nak ambil gambar pun tak best. mengusung hannah yang sedang lelap tu ke hulu ke hilir. ayah layan kan aje.

bergambar di kawasan lobi

perjalanan untuk hari ketiga diteruskan. tapi kami singgah sebentar di pusat jualan makanan tempatan. tapi yang paling femes bakpia pathok tu lah. seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ni.

besar pusat jualan ni. kami tak banyak membeli sebab duit di simpan untuk membeli benda lain =)

 
masa kami sampai, punya lah ramai makhluk tuhan. lebih kurang 3-4 bas jugak lah berhenti kat sini.


tengah pilih2 gambar nak upload. tetiba plak ade gambar ni. ni mesti keja enchek su-a-mey. tak sexy pun. sexy lagi hannah time kenduri ari tu.


di sisi tepi pusat nih, ade sekumpulan pekerja tengah membuat bakpia pathok ni. dok menguli adunan tu. macam kurang bersih plak aku tengok. dengan tak pakai glove nya lah, cap pun tak pakai. salah satu sebab aku tak memborong banyak. huhu

perjalanan ke bandar solo atau dikenali juga sebagai bandar surakarta mengambil masa dua jam setengah dari bandar jogja. sepanjang jalan, kami sume tidur walaupun pemandu pelancong dok menerangkan info2 tentang tempat yang kami lalui. tambah pulak, kadang ayat yang digunakan tu kami langsung tak faham. kenapa lah dorang tak pakai je rakyat malaysia sebagai pemandu pelancong. lebih mudah nak faham segala cerita, kan? bagus tak cadangan aku?

terus kami ke javenir (pusat jualan kraftangan/oleh2 khas solo). memang banyak lah kami memborong kat sini. lebih kepada barangan batik sebab dorang glamer dengan hasil batik. berhabis hampir rm200++ gak lah kami.



  
tengok anak dara kami, mungkin berlama dalam bas, asik berdukung je, dapat kusyen, terus lepak gaya macam tu. ish..ish..

kemudian berhenti makan di restoran masakan padang.. restoran sederhana



hannah try aiskrim avocado. sangat best rasenye. mak enchek su-a-mey belanja =)
sudah kenyang, hati pun senang. kami dibawa ke tempat sopin. rasa menyesal sebab berhabis duit di javenir. tengok kain sulam, kain pasang.. gigit jari je lah =(


aku banyak membeli kain pasang untuk famili. pastu menghabiskan masa dengan menjamu mata jew. kesian kan?


di bandar solo, kami menginap di hotel baron indah. biliknya kecil sedikit berbanding hotel yang kami tinggal di jogjakarta. suasana pun macam tak best sikit lah.


 


malam tu jugak sebelum keluar untuk makan malam, kami dah mengerah tenaga untuk menyumbat hasil perlaburan siang hari ke dalam beg. sebab esoknya mau terbang pulang ke tanah melayu.

giler kentang banyaknye!
makan malam di restoran yang sama masa kami makan tengahari. tak jadi hal sebab masakan kat situ memang sedap =)

otw ke restoran, hannah tido. bangun je dia, terus bagi dia makan
udah kenyang, ahli rombongan yang lain mau berjalan ke shopin complex solo square. lebih kurang macam di malaysia jugak. jadinya, kami langsung tak membeli apa2.

 

pondok pujian namanya =)
malamnya aku tidur sedikit lewat. sebab enchek su-a-mey telah memanggil pak urut untuk mengurutnya. nak menyembang pun payah sebab pak urut tu kurang faham bahasa kite.
tamat suda hari ketiga.

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!