CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 24, 2012

sumpahan pavlova

as.salam

oleh kerana jelez dengan puan nano yang telah menayangkan pavlova pesanan dari silent reader nye. aku pun sibuk nak up gambar pavlova yang aku penah buat jugak. busuk tak? hoho

meh nak citer, sebenarnya kan aku ni macam dah terkena sumpahan pavlova.

aku bikin pavlova nih dah banyak kali. pertama kali aku buat menjadi. kat luar crunchy dan kat dalam sangat lembut umpama marshmallow.


memang gembira habis lah. sebab first time buat terus jadi. tapi memang manis leting-leting stok cukup bulan kena potong kaki kalau makan hari-hari.

pastu siap staff aku order lagi. terus semangat. beli telur sampai 30 biji. pas satu order siap delivery. satu lagi order datang. satu minggu dapur aku berbau wangi dengan vanila.

tapi aku tak jual mahal. sebab pavlova yang dibuat tu pun, bukan double or triple. aku buat single layer ja. so, harga memang kawan-kawan punya harga =)

dalam 2 bulan free takde orang order. tup-tup teringin plak. rasenye kali ke lima or ke enam aku buat. terus pavlova aku jadi lain macam. entah tak tau mana silap nya.


time bakar elok ja naik. pastu bila dibiarkan sekejap dalam oven. pavlova aku mengecut! kecewa sedih semua ada. memang rasa down giler lah.

esoknya tak mau mengalah, buat lagi. jadi jugak macam tu. aku terus double kan pavlova tu. letak cream + fresh fruits. bawak jugak lah ke ofis nak sedapkan hati. takkan nak buang pulak kan. telur berbiji-biji tuh.

tapi.. tahu kah di sebalik kejadian pavlova tak jadi tu. rata-rata member aku yang makan. dorang lagi sukakan pavlova yang tak jadi tu daripada pavlova yang jadi. pavlova yang tak jadi tu rasa macam kek span. 

maknanya menu kena tukar nama lah kan? huhu.. beria kan.

dalam bulan lepas, ada rakan senior mahu berpencen. dia request untuk aku buatkan pavlova. memula, takut juga dengan sumpahan. tapi.. aku tabahkan hati jugak lah nak membuatnya.

setiap langkah di study. resepi juga dikaji. pantang larang membuatnya juga di ingati. setiap step aku ikut betul-betul. tak mahu derhaka dalam apa jua keadaan pun. 

masuk ja pavlova dalam oven.. dihembus berapa kali. berdoa kuat-kuat dalam hati moga menjadi. sampai macam tu sekali!

dan hasil...
alhamdulillah, menjadi.

siap kasik tinggi tebing lagi sekeliling pavlova. himpunkan fresh fruits banyak-banyak.

puas hati!

2 comments :

  1. wahhh!!!mmg teringin nak wat gak pavlova ni....tp..lagiiiiiiiiii terigin nak mkn awak punye made..=)

    ReplyDelete
  2. sedapnya! pernah try buat tapi tak jadi, :"(

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!