CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 15, 2012

saat muhammad harits dilahirkan

as.salam

alhamdulillah, syukur kepada allah swt di atas rezeki zuriat yang kedua ini. harits selamat dilahirkan ke dunia ini pada 08 november 2012. jam 7.05malam. lahirnya dia terus berkumandang azan maghrib. kisah kelahiran terlalu ringkas untuk diceritakan jika nak dibandingkan dengan kisah kelahiran kakaknya, hannah setahun 8 bulan yang lepas (^o^") iya, jarak mereka terlalu rapat. lepas ni perancangan keluarga harus dilancarkan secara besar-besaran untuk kami suami isteri =p

sebetulnya tarikh matang untuk harits melihat dunia adalah pada 22 november 2012. perut aku masih tinggi lagi bak kata kawan2 ngan makcik2 yang berada di sekeliling aku. sepatutnya juga aku perlu ke kkia pada jam 8.00 pagi hari kejadian. tapi aku sengaja lengahkan. nak beranak ni bukan keja main2. banyak keja yang aku kena langsaikan. nak2 pulak dah hujung tahun ni kan. macam2 aku kena buat. disebabkan harits ter-keluar awal ni jugak lah, tak dan aku nak wat serah tugas pada pegawai yang sepatutnya. jadinya.. bersedia lah sepanjang tempoh cuti bersalin ni.. henfon jangan lah di-offkan. kang bukan aku yang meroyan baru lepas beranak, member2 kat opis pulak yang meroyan disebabkan keja aku yang terbengkalai tu =)

berbalik kepada kisah kelahiran.. aku postponed kan tarikh temujanji ke jam 2 petang. sampai di muka pintu kkia bukan jam 2 petang tapi dah menginjak ke jam 3 petang akibat hujan lebat yang melanda bandar taiping pada petang hari kejadian. mula dari pemeriksaan air kencing sehingga lah ke timbang berat badan.. bla.. bla.. semuanya berjalan lancar. bila ditanya ada apa2 tanda untuk bersalin tak. dengan yakin aku menjawab.. tentulah tiada. sebabnya memang tiada kan..

dengan senang hati pulang semula ke tempat kerja. hati berlagu riang kerana waktu bekerja sudah tamat. esok sengaja aku mengambil cuti rehat. cuti rehat banyak lagi toq! bos dah suruh abiskan jugak tahun ni. jika ditolak ke pencen pun masih berbaki dua digit. mane nak dapat pekerja macam aku yang jarang bercuti ni. aiseh!

lewat sedikit mengambil hannah dari rumah pengasuh. sesampai aku di sana pun, aku duduk melepak dulu. bersembang-sembang. hannah pulak tau lah.. budak umur setahun lebih. banyak akalnya. dok aku bilang2.. "mommy nak balik dah ni." dan2 tu jugak lah dia buat2 baring tengok tv lah. berlari2 ke dapur. masuk2 bilik. mau tak nak dekat sejam jugak lah aku kat sana.

tiba di rumah, sementara menunggu badan sejuk2 dulu.. melayanlah aku dengan si hannah ni tengok baby.tv sama2. dok menari2 lah dia, melompat2 lah dia. tak macam nak menerima adik langsung. haih.. lah! dah penat wat senaman.. aku ngan dia terbaring depan tv.

jam 6.10++pm

puff!

air ketuban aku pecah. tarik nafas.. bertenang. hannah dah terperanjat. dalam pikiran dia mesti dok heran. mane plak datang air nih, kan. 

terus capai henfon. cal enchek su-a-mey. tanyakan lokasinya di mana. masih ada perjalanan selama 45minit lagi nak sampai. beliau mintak aku telefon kakak aku pulak yang duduk berdekatan. dengar cakap enchek su-a-mey.

kakak dan famili pulak bukan di rumah. ambil masa jugak nak sampai ke rumah aku. hannah dah bising2 suruh aku baring2 dengan dia. nasib baik lah time tu kontraksi masih tiada. kalau tak, mau tinggi jugak suara aku marahkan si hannah.

ambil masa untuk aku bangun dan ke tandas untuk mempersiapkan diri kononnya. masih berfikir2 lagi time tu. sempat ke tidak.. sempat ke tidak.. 

dari dalam tandas tetiba kontraksi datang. terus tangkap di pinggang. ni jenis tak bagi salam dah. kalau time si hannah dulu merasa jugak aku kontraksi jenis manja2 dan datang sekali sekala. 

masa aku di tandas, dengar jiran sebelah rumah bagi salam. memang sebelum ke tandas aku dah siap2 bukakkan kunci pintu rumah. risau jugak kot2 aku dah guling2 kat dalam umah nanti, tak tercapai plak aku nak membukak pintu ke ape kang kan. yang hannah dah tak tentu arah. jiran mintak aku berkain batik je. senang kang kat labour room tak payah nak salin2 ape dah. 

jiran tawarkan diri untuk hantar aku hospital. tapi aku mintak dia telefon ambulans. bukan sombong.. pada aku kalau jadi apa2 biar keliling aku orang yang tau pasal nak bersalin2 ni. kot jadinya dalam kereta.. dengan siapa aku nak harapkan. cewah.. dalam sakit2 tu dan juge aku berfikir panjang.

masuk ja bilik.. nah.. kontraksi yang maha kuat berlaku lagi. aku tak pikir panjang. berguling2 di atas katil. aksi hindustan dah ni. pelik.. sikit pun aku tak menangis. cuba jugak aku nak menangis untuk kurangkan kesakitan lah konon. tapi sakitnya sampai tak terkeluar air mata. ade eh macam tu? aku le tu..

kontraksi demi kontraksi berlarutan sehingga jam 6.45++pm. kakak dan famili selamat sampai. tapi ambulans masih belum kedengaran sirennya. dari kedudukan aku berbaring.. aku menonggeng.. aku mengiring ke kiri.. mengiring ke kanan. sume aku buat nak kurangkan kontraksi. jiran makin ramai yang datang untuk bagi kata2 semangat. berzikir lah diorang sambil mengusap2 kepala aku. doa nabi yunus tak putus2 aku doakan. tapi dalam alunan suara yang seakan meneran. ye.. aku meneran. 

sepatutnya tak boleh kan? tapi dengan meneran sakit kontraksi aku rasa adalah kurang sedikit.. konon. suasana dalam dan luar rumah memang dah kecoh dah. marahkan ambulans sebetulnya mereka2 ni sebab mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah aku padahal takde lah jauh mane pun. dalam 20minit je perjalanannya. 

sedang aku sorang2 dalam bilik berhempas pulas menahan sakit..

ter-lahir seorang khalifah dengan 2-3 kali aku teran di atas katil. 

(^o^") ye.. aku melahirkan harits di rumah aku sendiri. keluarnya dia, terus berkumandang azan. jiran2 yang masih terkejut masing2 tidak tahu apa yang patut dibuat. kakak terus bersiaran langsung dengan mak di kuala kangsar melalui telefon bertanyakan itu ini (info: mak kitorang adalah seorang nurse, dan pernah berkhidmat di dewan bersalin)

mak bagi arahan melalui telefon je. cek mulut baby, keluarkan kalau dia tertelan ape2. lap badan baby, balut badan dia.. bla.. bla..

aku time tu.. udah keletihan. aku cuma berdoa moga2 anak yang lahir tu selamat. keluar je dia memang menjerit. kat situ aku dah bersyukur dah dengar suara dia.

tak lama lepas tu, ambulans dan enchek su-a-mey pun sampai. jm yang bertugas cepat2 periksa keadaan bayi. kemudian potongkan tali pusat, keluarkan uri+darah beku. enchek su-a-mey merasalah tengok menda tu secara live. bukan di private hospital.. tapi di bilik rumah kami sendiri. kelakar plak rasenye.
 
harits di azankan di ruang makan rumah kami =)

tak lama pun proses mengeluarkan uri+darah beku. aku terus dibawa ke hospital untuk proses jahit-menjahit. di labour room.. seorang demi seorang meng-interview aku tentang kejadian. serius aku penat nak bercerita.. tapi tu lah, proses jahit-menjahit tu menghalang untuk aku tidur seketika. sakit.. tahu? walaupun bersalin sendiri.. lukanya masih ada. hadap je lah. 

doktor silih berganti datang untuk bertanyakan itu ini.. (kisah kejadian)


jam 9 malam selesai semua. harits pun dah di-bf dengan jayanya. aku ditolak untuk berjumpa sekejap dengan keluarga sebelum dimasukkan ke wad. tersenyum semua, alhamdulillah selamat. tapi masih dapat aku perasan jugaklah riak wajah masing2 semua masih terkejut dengan kejadian yang berlaku tu.

di wad, pakar dan doktor datang untuk periksa keadaan aku dan harits. prosedur - bayi yang bersalin di rumah perlu dipantau 24jam sebab risaukan sebarang jangkitan kuman. malam pertama kami telah dipisahkan. merasalah harits 3 kali kekeyangan bila di-bf sebelum dia ditempatkan di wad ni


aceli, tak bleh bergambar dalam wad ni. tapi aku amik curi2. mase ni tengah tunggu turn pakar periksa harits untuk discaj

bersalin sendiri, syabas beteh! tak pernah aku pikir aku dapat pengalaman yang macam ni. dah memang bahagian aku.

kami ketika di dalam ambulans.. nee.. noo.. nee.. noo..

5 comments :

  1. tahniah... best lar leh bersalin sendiri, hehe

    ReplyDelete
  2. wow... hebat betul pengalaman ni. mujur la ada jiran yg dtg bg semangat n bole tgk2 kan hannah dulu. tahniah ye..

    ReplyDelete
  3. waahhh tahniah. beranak di rumah sendiri. what a great experience.. hehehe

    ReplyDelete
  4. congrats!!pengalaman bsalin yg hebat..=)hehehehhe..brave of u dear!!

    ReplyDelete
  5. baru ni bace blog awak..wahhhh..takleh bayangla cane bersalin sendiri..memang syabas beteh..alhamdulillah both mummy and baby selamat sehat..hehe.. mcm2 kerenah anak bile setahun sorang ni kannn... :)

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!