CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 8, 2012

kenduri kawen di kayangan 1

as.salam

macam dah lame tak keluarkan entri yang terbaru. padahal banyak entri yang terperam berlapuk. maaf lah, dengan bertambah kerja di opis akibat salah seorang senior berpencen baru-baru ni semakin buatkan aku tak boleh nak uruskan waktu.

cuti tahun baru cina yang lepas. kami satu famili bercuti ke perlis bersempena meraikan kawan enchek su-a-mey yang melangsungkan kenduri kawennya di kuala perlis. 

kami gerak ke sana pagi ahad selepas subuh. tak nak terperangkap dalam kesesakan jalan raya kekdahnya. 

hannah terbangun awal pagi. mata bengkak.
alhamdulillah.. perjalanan okey. takde masalah. cumanya di perhentian gurun, ramainya lah yang berhenti untuk breakfast. tak banyak pilihan, sebab kebanyakan menu habis awal. mungkin sebab memang cuti panjang. suma orang amik kesempatan untuk balik kampung atau bercuti.

hannah kongsi breakfast dengan mummy.. nasi ayam rm6.50 sedap wo! tak tipoo
kami selamat tiba di negeri kayangan jam 11++ terus menuju hotel yang bakal kami check in. ingatkan nak letakkan beg siap-siap di hotel. baru senang hati nak berjalan. tapi bilik hotel penuh. tak dapat nak check in dulu. makanya terus kami ke padang besar. sorga membeli belah. 

nyaaaris-nyaris enchek su-a-mey mati mud sebab pusing berkali-kali mencari parking tak jumpa. beliau dah bebal dah kata tak payah lah nak berjalan kat area padang besar tu. tapi aku dok psycho.. yang kita tak pernah sampai. alang-alang dah sampai.. apa lah salahnya singgah. nanti boleh lah bangga diri ngan semorang kata kita dah sampai kat padang besaq yang depa dok gebang-gebang tu.

dalam hati aku dok doa kuat-kuat moga adalah orang nak kuar parking. dalam 15minit lah dok tersadai tepi jalan. akhirnya.. penantian membuahkan hasil walaupun terpaksa berebut parking. hish.. macam-macam cabaran lah (^o^")


uish.. memang rasa macam best lah kat sana. sonok kalau dok sana. kampung kat sana ke. bleh la pi selalu. rega pun mesti korang dapat yang best2 kan? rega time kami pergi aritu mungkin sedikit tinggi dari biasa sebabnya kan time cuti. orang luar ramai datang. of coz lah dorang mau untung. nek sikit pun bukan dorang rugi. ramai sungguh lah makhluk tuhan yang bersopin. tempatnya pada aku selesa lah jugak. ada disediakan tempat duduk lagi. merasa lah bf hannah di khalayak ramai. 

giler lama kot kami berpusing-pusing dalam tu mencari jersey harimau malaya. aku pun tak nak kalah. enchek su-a-mey nak beli, aku pun nak. pastu dapatlah sebiji beg dengan rega rm48. besar plak tu. senang sumbat botol air kami, botol air hannah, pampers. segala macam lah =) daan selai blouse biase2 je.

sebelum dapat parking, dok berkira-kira nak membeli buah mangga harum manis yang popular tu. dah nek keta baru sebok nak mencari. enchek su-a-mey hangin. beliau dah tak larat berjalan. mau tak nye. sudah lah drive.. mengendung hannah lagi nak mengukur tapak padang besar tu. aku steady ja. jadinya.. tiadalah merasa mangga harum dan manis tu.

kami terus ke hotel. bilik sudah tersedia.. terus check in.  disambut dengan dua biji limau alolo tomey-tomey nya. plan sebetulnya masa booking nak stay 2 malam kat sana. tapi disebabkan ada hal keluarga hari selasa tu. kami stay satu malam jak di sana.

aku dok teruja lah konon kot-kot terlepas lah kami nak ke langkawi. tapinya.. memang tak dapat lah kalau cuti panjang2 cam gitu. sure ramai punye lah. enchek su-a-mey bilang mungkin lain kali kalau ade rezeki lebih, merasa lah aku jejak bumi mahsuri tu. saja nak merasa bergambar ngan burung helang tu ja. huhu

dah kalau letih dok berjalan, sampai hotel. terus segar2 kan diri. solat.. tiba-tiba perut masing-masing dok berkeriuk. udah nak mencari makan pulak. letih berjalan.. kami buat room service je. 

tak sempat nak snap gambar, nampak kan kelaparan ya amat sangat tu yang kami alami. pas kenyang.. masing2 terlena.

jam 6 kami berpeleseran di tepian pantai. ngedate bersama pn lyn + en adha. makan cucuk2 dan air spesel - asam boi blended. kami gerak pulang bila hujan renyai. tapi dan jugaklah kami menyaksikan matahari terbenam.

dok berkira nak berjalan lagi kat area jeti malam tu sebab ada jual jualan lagi. tapi apakan daya kaki tak sekuat hati. nampak ja tilam. terus tiga beranak hanyut semula dibuai mimpi. tidur terganggu dengan bunyian bunga api. punya bilik yang ber-balkoni. berdating pulak kami berdua di luar bilik sambil menyaksikan bunga api berdentam dentum di langit. hannah dok bergelimpang seorang diri di atas katil. memang geram je dalam hati tengok malam yang meriah kat seberang jalan.

tapi, penat berjalan kat padang besar siang hari tu mengatasi segalanya.

meriah ke tidak?

tamat sudah hari pertama di kayangan.

1 comment :

  1. kak, tlg tukar warna background...hehe ssh nak baca...terutama part kiri...bertindih kat gmbr...

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!